Halaman

Sabtu, Mac 30, 2013

SI JUI MENG JUGAK TERUS DILIWAT!!!


Kesian beb. Memang kesian tengok Si Jui Meng ni. Sejak dia 'kalah' dengan puak - puak DAPigs baru - baru ni, keadaan dia semakin bertambah buruk.

Kemelut perebutan kerusi di Johor yang kini menjadi 'Rahsia Umum' tu mencapai tahap yang tak mampu nak disembunyikan lagi. Dah busuk dah baunya.

Waima Si Jui Meng tu cuba nak merajuk sekali pun dengan kepimpinan tertinggi PKR, tapi malangnya, tak de apa pun yang berubah. Dia masih jugak terpinggir.

Sekarang, bila keadaan dia semakin terdesak, dia mula meroyan tak tentu arah. Habis semua kerusi yang ada dalam Negeri Johor pulak dia nak sapu.

Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haprak ni memang bukan nak memperjuangkan rakyat sangat pun. Diorang setakat berjuang untuk diri sendiri je.

Walaupun yang tikam dia dari belakang ialah Si Ketua Penipu tu sendiri, tapi nasib dia boleh tahan lagi sebab kena tikam depan orang. Kot kena tikam dengan 'pedang bengkok' Bang Non tu, tak ke naya je!!! Menyesal tak sudah bro!!!

Setelah gagal mendapatkan kerusi parlimen Gelang Patah, Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dikatakan mengintai kerusi Parlimen Bakri dan Kulai pula.

Selain dua kerusi parlimen itu, Segamat juga dijadikan pilihan ketiga Chua - yang juga bekas menteri kabinet dan naib presiden MCA - untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. 

Pengarah pilihan raya PKR negeri, Steven Choong bagaimanapun berkata, keinginan untuk bertanding di ketiga-tiga kerusi itu, bukan kehendak Chua seorang sebaliknya hasrat akar umbi. 

Menurut Steven (kiri) lagi, beliau juga berharap agar keputusan di mana Chua bertanding dapat diketahui esok bagi memudahkan gerak kerja pilihan raya dilakukan. 

"Pusat ada pendirian mereka. Tapi bagi kita, kerusi Gelang Patah dah diberi pada Lim Kit Siang kerana dia minta sendiri (kerusi itu) tetapi secara balasan, Lim akan tawar balik dengan satu kerusi. Jadi kerusi itu kita minta Bakri, Kulai dan Segamat. 

"Ini adalah cadangan dari akar umbi. Kita patut intai Bakri, Kulai dan Segamat. Tetapi terpulang pada pasukan rundingan kerusi yang diketuai oleh Tan Kok Wai (DAP) dan Azmin Ali (PKR). 

"Saya dah minta kalau boleh selesaikan sebelum habis minggu ini. Kalau boleh nak tahu jawapan (keputusan rundingan) esok. Akar umbi nak bergerak. Kalau tak selesaikan macam mana akar umbi nak buat kerja," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Steven berkata PKR memberi keutamaan kepada kerusi parlimen Bakri terlebih dahulu, kemudian diikuti Kulai dan Segamat. 

"Kita terus bagi tiga pilihan supaya tidak perlu nanti tiap-tiap kali tawaran perlu rujuk pimpinan negeri," katanya. 
Dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai pada 18 Mac lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim sebagai calon DAP di kerusi parlimen Gelang Patah. 

1 ulasan:

  1. Aku rasa Pekaktan Rakyat ni mcm maen rebut krusi kat majlis harijadi je...hahaha memang PEKAKTANRAKYAT lahh

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.