Halaman

Rabu, Mac 27, 2013

TQ MR. CIPUTDIN SEBAB MEMALUKAN SI NURUL IZZAH!!!


Sebetulnya, SH nak keluarkan artikel ni esok pagi. Tapi memandangkan dah ramai sangat orang bercerita pasal isu ni, jadi SH siarkan jugak malam ni.

SH ucapkan terima kasih banyak - banyak kepada Si Ciputdin Muka Bulan yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Kencing Rakyat tu.

Terima kasih sebab dia secara tak lansung dah mencemar nama baik Si Nurul Izzah secara tak lansung. Dari orang tak tau boleh jadi tau pasal cerita ni.

Selama hari ni, apa yang kita dengar pasal Si Nurul Izzah tu hanya khabar angin je. Entah betul entah tidak dia ada 'video hangat' macam Papa dia.

Tapi, dengan kenyataan media Si Ciputdin tu hari ini telah mengesahkan bahawa memang cerita tu benar. Tinggal lagi diorang je tak nak mengaku.

Apa yang SH nak tau ialah mengenai dakwaan Si Ciputdin bahawa dia telah dibawa oleh 'Ejen UMNO/BN'. Kenapa dia masih jugak nak sembunyikan identiti mereka?

Kenapa pulak dia beria - ia benar nak rahsiakan siapa dia yang digelarkan 'Ejen - Ejen UMNO/BN tu? Macam dia ada konspirasi pulak dengan diorang ye?

Sekarang dah timbul persoalan dikalangan rakyat. Siapa dia 'Ejen - Ejen UMNO/BN' yang dimaksudkan? Kalau dia berani, dedahkan nama - nama diorang. 

Kalau tidak, baik tak payah buat cerita yang bukan - bukan. Rakyat Malaysia ni bukannya budak tadika nak dengar cerita dongeng dia. Setakat cakap je tanpa bukti, baik tak payah cakap lansung. Buat mengabihkan masa je!!!
PETALING JAYA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya beberapa hari lalu telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.

"...Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Katanya, sebelum beliau diajak menonton video terbabit, pihaknya telah dihubungi ejen terbabit yang mendakwa akan mendedahkan banyak lagi video membabitkan pemimpin PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun katanya, video dan gambar yang didedahkan ejen Umno-BN kepadanya tiga hari lalu itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknik digital yang canggih sehingga menampakkan seakan-akan watak sebenar.

Selain itu, Saifuddin juga menerima kata-kata ugutan yang berbaur politik, yang dipercayai didalangi pemimpin tertinggi Umno-BN.

"Mereka juga (ejen Umno-BN) juga sampaikan ugutan terhadap pimpinan PKR... ugutan itu bersifat politik untuk rosakkan imej politik kami," kata beliau.

3 ulasan:

  1. Ini konspirasi Saifuddin dgn agen parti lawan ni. Mungkin Ciputdin nakkan jawatan Nurul dlm PKR.

    Sah ni, satu konspirasi dalaman PKR.

    Nurul bila nak saman?

    BalasPadam
  2. "dihasilkan menggunakan teknik digital yang canggih sehingga menampakkan seakan-akan watak sebenar"

    Kalau lakonkan depan mereka sekali pun mereka xkan pcaya....lol...

    BalasPadam
  3. Abu Hurairah melaporkan, Saya dengar Rasulullah S.A.W. menerangkan,
    "Sesiapa yang menuduh hambanya berzina, pada hari kiamat nanti hukuman hudud dijalankan kepadanya, kecuali orang yang dituduh itu memang bersalah seperti yang dikatakannya."
    (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

    Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis diatas, sekiranya anda 'benar-benar yakin tanpa sebarang keraguan' tentang pertuduhan zina terhadap seseorang,teruskanlah.Anda akan terlepas dari Hukuman Hudud di Padang Mahsyar kelak,kerana kebenaran dari pertuduhan anda.
    Namun,jika apa yang anda yakini adalah salah,maka bersiap sedialah untuk diadili dengan Hukuman Hudud yang menanti di akhirat kelak.
    Pendek kata,sekiranya yakin-teruskanlah usaha anda & jika sebaliknya....fikir-fikirkanlah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.