Halaman

Selasa, April 02, 2013

18SX: KAIN NURUL IZZAH DILONDEH, UTUSAN BAKAL DISAMAN!!!


Disebabkan kelemahan diri dia sendiri, dia nak saman orang lain ke? Disebabkan Pejabat dia sendiri gagal menjalankan operasi pun dia nak salahkan orang?

Kamon la Izzah!!! Kalau betul la pejabat urusan tu berfungsi 24 jam, kenapa pulak ramai orang yang kecam? Kenapa ramai yang pertikaikannya?

Tak payah nak cakap banyak la! Cukup sekadar dia mengakui kelemahan diri dia sendiri. Rakyat pun boleh faham yang dia memang tak mampu nak buat apa - apa. Setakat pandai bercakap boleh la. Tu pun menipu. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
KUALA LUMPUR 2 April - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas mengecam tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mengecam Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dan nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. 

2 ulasan:

  1. MUKA AJE LAWA, TAPI BUROK PERANGAI NURUL IZZAH A/P ANWAR IBRAHIM.

    BalasPadam
  2. biarlah Nurul Izah menang di LEMBAH PANTAT .. hehehe, baru lah padan beb

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.