Halaman

Isnin, April 15, 2013

33% CALON BARU, CALON PAKATAN???


Itulah yang membezakan diantara Barisan Nasional dan juga Pakatan Pembangkang. BN boleh tawarkan kepada rakyat sekurang - kurangnya 33% calon muka baru.

Tapi puak - puak Pakatan tu pulak? Muka sama jugak la yang diorang hidangkan kepada rakyat. Balik - balik, orang itu jugak yang nak diangkat jadi calon.

Dah la tu. Tamak pulak tak ingat dunia. Dah bertanding kerusi Parlimen, nak jugak diorang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.

Yang ada dikawasan tak nak pulak diorang letak jadi calon. Sanggup bawak calon import dari Negeri lain semata - mata nak suruh orang tu bertanding.

Tak cukup dengan itu. Calon pulak bagi kat anak beranak dan puak - puak kedarak sendiri. Dah tak de orang lain ke yang nak dijadikan calon?

Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang ketandusan dari segi kepimpinan. Yang muda - muda semuanya diorang jadikan macai. Kroni jugak yang diorang dahulukan. Bukannya diorang nak dahulukan rakyat sangat pun!!!
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menurunkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - 33 peratus calon peringkat Parlimen manakal Dewan Undangan Negeri (Dun) pula membabitkan 49 peratus.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang perikatan itu kalah pada PRU 2008.
Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.


"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN  di sini hari ini. 

Perdana Menteri turut menegaskan yang barisan calon BN kali ini adalah yang terbaik.
"Ia adalah proses yang panjang dilakukan kali ini meliputi banyak perundingn dengan kompenan dan pengrusi BN negeri.
"Kita ambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk lihat perubahan dalam barisan BN.
"Tetapi kita melihat perlunya wakil-wakil rakyat sedia ada terdiri daripada mereka yang berpengalaman berkhidmat dalam kerajaan atau wakil rakyat. Imbangan antara muka-muka baru adalah sangat penting " katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.