Halaman

Khamis, April 04, 2013

AKHIRNYA, MULUT JUI MENG DISUMBAT KERUSI!!!


Banyak sangat dia ni bercakap gamaknya, tu pasal la mulut dia kena sumbat kerusi. Kalau tak bagi kang, lagi banyak pulak dia berbunyi nanti.

Kalau korang nak tau, itu la sebabnya kenapa MCA buang dia dulu. Sebab perangai dia mengalahkan budak kecik yang tak dapat gula - gula. Buat malu kat orang je.

Bila tak dapat bertanding, mula la merajuk dan bertindak keluar parti. Sekarang, dah dia menghilangkan diri pulak dengan harapan ada orang datang pujuk. Setakat nak merajuk macam budak kecik ni, baik duduk rumah!!! Jangan nak menyusahkan orang!!!
PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng tetap dijanjikan tempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun nasib Chua sama ada akan ditempatkan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum diputuskan kepimpinan tertinggi parti itu.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peranan Chua dalam perkembangan politik di Johor.
"Beliau ada dalam pertimbangan, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah bertemu dan berbincang dengan Datuk Chua semalam (Selasa) tentang senario politik di Johor.
"Kita ambil kira peranan beliau dan kita akan menawarkan kawasan yang sesuai untuk dia bertanding," katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Chua dilaporkan telah 'menghilangkan' diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk bertanding semula di kerusi yang pernah disandangnya atau kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.
Ps: Pemimpin macam ni ke yang nak digelar 'Harapan Rakyat'? Kalau Haprak Rakyat memang patut sangat la!!! Berjuang bukan untuk rakyat, tapi untuk diri sendiri je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.