Halaman

Selasa, April 02, 2013

BANG NON HARAM PIJAK MASJID??? #TOLAKPR!!!



Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan terhadap Bang Non berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadinya.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Si Ketua Penipu tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai. 

Menurut satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Bang Non yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Bang Non berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS.

Cuma sesekali Si Ketua Penipu tu dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS. 

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Si Ketua Penipu tu.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Si Ketua Penipu dalam akhbar tersebut. 

Dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong Si Ketua Penipu tu, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak akan berlaku sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit.

Walaupun Bang Non menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin dia masih cuba menaruh keyakinan terhadap para penyokongnya dalam PAS untuk berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Pembangkang bakal berkubur seperti sebelumnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.