Hah? Apa? Bang Non kata dia tak jadi nak bertanding kat tempat lain? Apsal pulak? Dia tak yakin ke nak bertanding diluar kawasan kubu dia?
Mungkin skandal demi skandal Bang Non terdedah membuatkan dia berfikir dua kali untuk mengadaikan masa depan dia sebagai seorang ahli Parlimen.
Kalau sebelum ni, cakap bukan main. Last - last, dia buat 'U-Turn' pulak. Apa pasal? Takut kalah ke Bang Non oi!!! Kalau setakat pandai cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je Bang Non oi!!!
TERKINI DARI SIDANG MEDIA PKR : Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka untuk bertanding di Perak tetapi perlu mendapat restu daripada pengundi di kawasan parlimennya Permatang Pauh sebelum membuat keputusan muktamad.Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi.“Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh,” kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini.“Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu.”Anwar juga mengakui hasratnya untuk bertanding di Perak tetapi tidak mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya, malahan tidak menolak kemungkinan terpaksa untuk kembali ke kerusinya di Permatang Pauh.“Ya, seperti telah saya katakan mungkin akan bertanding di Perak.“Tapi saya mungkin akan dipujuk semula untuk kembali ke Permatang Pauh,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.