Halaman

Selasa, April 16, 2013

BANG NON ULANG UGUTAN NAK BUNUH DIA KEPADA MEDIA LUAR!!!


Tatkala orang sibuk nak menghadapi Pilihan Raya Umum, Si Ketua Penipu tu dengan keluarga dia boleh bersenang lenang makan angin ke luar Negara.

Dalam pada dok bercuti sakan dengan puak - puak kedarak dia, Si Ketua Penipu tu katanya sempat juga bertemu dengan wartawan dari media luar dan mengadakan sesi temubual.

Antara lain isi kandungan dalam temubual itu, seperti biasa, Si Ketua Penipu tu akan terus memburuk - burukkan sistem demokrasi Negara dengan pelbagai dakwaan.

Bab kata Pilihan Raya berat sebelah dan sebagainya tu dah menjadi satu perkara WAJIB dalam mana - mana temuramah yang dia pergi.

Selain itu, dia jugak turut mendakwa kononnya program untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat Malaysia adalah cetusan idea dia sendiri.

Ironiknya, dulu Si Ketua Penipu tu sering kali mengulangi tuduhan dengan mengatakan pihak Kerajaan ikut pelan rancangan yang dibuat oleh Yahudi.

Habis, bagaimana mungkin program 'Affirmative Action' ini boleh jadi idea dia sendiri pulak? Dia pun ciplak idea yang diberikan oleh pihak Yahudi jugak ke?

Tambah Si Ketua Penipu tu lagi, sistem kehakiman Negara yang ada pada ketika ini didakwa sebagai kejam dan zalim serta sudah ketinggalan zaman.

Mungkin Si Ketua Penipu tu lupa yang dia pernah dibebaskan dari tuduhan kes liwat hanya semata - mata kerana 'kekejaman' sistem kehakiman Negara jugak.

Mungkin kalau sistem kehakiman Negara ini lebih ketat dan seperti apa yang dia dakwa, adakah mungkin dia akan terlepas dari tuduhan tersebut?

Nah!!! Ternyata dakwaan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu hanya satu omongan kosong tanpa bukti yang kukuh dan sahih. Dia bercakap main ikut sedap mulut dia je.

Tak ketinggalan juga Si Ketua Penipu tu turut mendakwa yang dia sentiasa berada dalam keadaan merbahaya kerana sering diancam oleh pelbagai pihak.

Kononnya, kata Si Ketua Penipu dia pernah menerima ancaman bunuh sehingga membuatkan dia terpaksa berselindung di Kedutaan Turki tak berapa lama dulu.

Walhal, sumber dalaman dari pihak Kedutaan Turki itu sendiri pernah tampil dan membuat kenyataan bahawa mereka sendiri tidak tahu kenapa Si Ketua Pepinu tu ke sana.

Mereka sendiri menjadi terpingga - pingga apabila melihat kelibat Si Ketua Penipu tu mundar mandir di lobi Kedutaan tanpa sebarang makluman.

Si Ketua Penipu tu jugak turut membuat tuduhan yang kononnya sewaktu dia dipenjara, dia telah diseksa dengan begitu teruk dan kejam.

Dakwaan kononnya dia pernah disuntik dengan racun arsenik juga turut didedahkan kepada media asing tersebut demi meraih simpati dari mereka.

Sebagai penutup, Si Ketua Penipu tu menjelaskan bahawa dia lebih selesa berada diluar Negara kerana tidak perlu bimbang diugut atau dibunuh. 

Kalau dia rasa selamat duduk kat luar Negara tu, baik dia pindah je terus. Tak payah buat semak kat Malaysia ni. Yang dia sesak sangat buat tuduhan yang bukan - bukan tu menda kejadahnya!!! Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!

2 ulasan:

  1. Salam sedare,

    Mohon bertukar pautan, saya blogger dari Perak nak mintak tunjuk tunjuk-ajar dari bro otai Pahang ni. Blog sedare telah pun saya masukkan dalam blog Kinta Menjerit.

    terima kasih

    http://kinta-menjerit.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Mmg dasar penipu bsr.kutuk malaysia tp ada hati nak jd pm malaysia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.