Halaman

Rabu, April 24, 2013

BELUM PRU, WONG TAK DAH ENGKAR JANJI!!!



“Lynas boleh terus beroperasi dengan syarat ianya didapati benar – benar selamat oleh pihak yang akan dilantik kemudian” – Anwar Ibrahim.

Demikian laporan yang didedahkan oleh The Malaysian Insider mengenai pendirian Pakatan dalam isu berkaitan pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Laporan itu memetik temubual diantara Ketua Umum PKR dengan sebuah laman portal media antarabangsa dari Australia beberapa bulan yang lalu.

Pada mulanya, ramai yang beranggapan bahawa kenyataan itu telah disalah anggap, namun apabila Pengerusi Himpunan Hijau turut mengakuinya, maka memang benar lah perkara tu.

Pengerusi Himpunan Hijau yang juga merupakan calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong turut menjelaskan secara terperinci mengenai isu yang dibangkitkan.

Katanya, kilang Lynas boleh beroperasi seandainya ianya disahkan selamat oleh sebuah agensi yang akan dilantik oleh ‘Kerajaan Pakatan’.

Kenyataan Wong Tak dan Ketua Umum PKR itu juga turut disokong oleh Mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dalam laman portal The Mole.

Bermakna, pembinaan kilang Lynas itu hanya sah sekiranya mendapat lampu hijau dari Kerajaan Pakatan. Jika Kerajaan BN, mereka tidak memperakuinya.

Jelas tindakan mereka ini sebenarnya telah mengingkari janji yang ditaburkan kepada pengikut – pengikut bawahan yang hadir di Himpunan Hijau awal tahun lalu.

Dan perkara ini bukan satu perkara yang mustahil bagi puak – puak Pakatan memandangkan ianya pernah dilakukan di Selangor apabila rakyat menuntut janji – janji yang ditaburkan.

Rakyat bangkit dan menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma, elaun ibu tunggal serta lain – lain janji yang termaktub didalam manifesto Pakatan.

Namun, Menteri Besar Selangor hanya menjawab ‘Manifesto Bukan Janji’ sebagai balasan kepada tuntutan – tuntutan yang telah dibuat oleh rakyatnya sendiri.

Malah, tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Selangor itu juga turut mempertikaikan sama ada mereka yang membuat tuntutan itu mengundi Pakatan atau sebaliknya.

“Jika mereka hendak membuat tuntutan, mereka perlu membuktikan sama ada mereka mengundi Pakatan atau tidak.” Itu jawapan Khalid Ibrahim terhadap tuntutan yang dibuat.

Maka, persoalannya, adakah kita masih lagi mahu percaya dengan janji – janji yang ditaburi oleh puak – puak Pakatan ini sedangkan mereka sudah terbukti mengingkarinya?

Itu belum kita persoalkan mengenai janji mengenai Penghapusan Tol. Seandainya, pihak Konsesi Tol itu dari kalangan mereka, adakah ianya akan dihapuskan juga?

Kesimpulannya, Pakatan tidak mempunyai ‘Substance’ atau jaminan yang kukuh untuk mengatakan bahawa mereka boleh berpegang kepada janji yang telah dibuat. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

1 ulasan:

  1. ORG PKR&PAS XPYH POYO SGT. AWOK ANGKAT PEMIMPIN YG BONGGOK HANGPA DAPAT LA HABUAN YG BODOH. PEMIMPIN YG HANGPA PUJA TU DOK KATA ORE YG BODOH DOK PILIH AKU JUGAK SETELAH diPERBODOHKAN MEREKA JADI JGN NAK SALAHKAN ORE LAIN. MEME ORG PKR&PAS BODOH SEMUA SEBELUM GE13 JGN NAK TUNJUK LANGAK KATA HANGPA ORE PKr&PAS PANDAI DKT NEGERI ORE. PADAN MUKA HANGPA. TP AKU SEDIHLA..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.