Halaman

Rabu, April 17, 2013

BERANI KE PAK KADIAQ NAK LAWAN ADIK SENDIRI???


Malam semalam, SH melawati senarai - senarai calon BN yang telah diumumkan mengikut Negeri masing - masing. Tetiba terperasan pulak nama ni.

Nampak macam pernah dengar je nama ni kan. Tapi dimana ye? Bila SH Google, rupanya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ni merupakan adik beradik kepada Pak Kadiaq.


Sebelum ini, kita dah dengar cerita yang Pak Kadiaq tu keluar UMNO dan menyokong Pakatan Pembangkang. Tapi, dia tak masuk mana - mana parti dalam Pakatan tu.

Sampai hari ini masih dok sibuk nak daftarkan parti baru dimana dia boleh jadi Presiden. Kalau masuk parti lain, jangan harap la dia nak dapat sebarang jawatan.

Pak Kadiaq mula menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kulim - Bandar Bharu sejak tahun 1978 sehingga 2004 dan pernah juga memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan.

Maka disini timbulnya persoalan diatas. Adakah Pak Kadiaq berani nak berhadapan dengan adiknya sendiri dikerusi yang selama ini menjadi kubu kuat dia?

Adakah dia akan turut serta membantu jentera Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk mengekalkan kerusi tersebut sebelum Zul Nordin meninggalkan Pakatan?

Kalau selama ini Pak Kadiaq selalu memaki hamun pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan, adakah kali ini dia akan membuat perkara yang sama?

Ingat tuan - tuan. Politik pun Politik la jugak. Tapi jangan sampai melampaui batas. Jangan pulak kita 'berselak sakan' kerana Politik sampai sanggup bunuh sedara sendiri.

Nanti takut jadi macam Si Khalid Gereja tu je. Dia dok suka sangat tuduh pemimpin UMNO dengan macam - macam tuduhan. Tapi bila cerita pasal abang dia sendiri, terus dia terdiam.

Kalau dia tuduh pemimpin UMNO buruk, maknanya abang dia pun buruk jugak la kan? Kalau dia kata pemimpin UMNO korup, maknanya abang dia pun korup jugak. Tak gitu? Nah!!! Yang tu korang fikir la sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.