SAKMONGKOL
AK47. Satu nama yang cukup gah dipersada Politik Malaysia. Namanya jugak cukup
gah di alam siber sebagai seorang blogger.
Perkara
ini memang tidak dapat kita nafikan kerana ianya satu hakikat yang memang nyata.
Namun, disebalik nama gah itu tersirat seribu satu rahsia.
Tetapi,
sebelum kita menyelami lebih dalam salasilah insan yang bernama Sakmongkol ini,
elok kita bercerita santai terlebih dahulu.
Dari
mana asalnya nama Sakmongkol itu? Dari penjelasan yang diberikan oleh tuan
punya badan sendiri, ianya diambil dari nama gelanggang Muay Thai di Thailand?
Kenapa
Thailand? Bagaimana dia boleh dapat nama itu? Adakah kemungkinan dia menjadikan
Thailand sebagai tempat kunjungannya secara harian?
Itu
hanya dia sahaja yang tau. Hakikatnya, kalau orang yang tak biasa ke Thailand,
mana mungkin dia tau mengenai tempat tersebut. Tak gitu?
Namun,
itu bukan persoalan yang hendak kita bangkitkan hari ini. Hari ini, kita nak
persoalkan, kenapa minta sedekah untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Bukankah
selama hari ini, Si Sakmongkol ni sering menuduh orang UMNO/BN dapat banyak
projek? Bukan ke dia sering mendakwa UMNO ni parti kroni?
Kalau
bukan dia tuduh, dah tentu – tentu puak – puak Pakatan Pembangkang tu pernah
membuat tuduhan tersebut? Betul tak?
Jika
diperhatikan, Si Sakmongkol ini juga bekas orang UMNO. Beliau pernah menjadi
ADUN Pulau Manis. Bermakna, beliau juga Bekas Ahli UMNO.
Adakah
beliau bersih dari sebarang unsur – unsur kronisme yang selama ini dijadikan
bahan pertikaian oleh puak – puak Pakatan sebelum ini?
Itu
satu persoalan yang perlu dijawab oleh Si Sakmongkol ni sebenarnya. Tujuan dia
nak kutip sedekah dari rakyat adalah untuk bertanding.
Dari
sudut persepsinya, dia ingin menyatakan yang kononnya dia tak cukup duit untuk
bertanding. Adakah benar demikian? Tak cukup duit ke dia nak bertanding?
Persoalan
itu perlu dijelaskan oleh Sakmongkol kepada orang – orang kampong. Dia perlu
jelaskan secara Telus sebab Ketelusan itu menjadi Etika DAPigs.
Apa
yang penting sekarang ini, rakyat sudah pasti tertanya – tanya, benarkah
Sakmongkol itu seorang yang tidak berduit? Layak ke dia terima sedekah orang?
Jika
sekarang ni pun dia tak mampu nak tanggung dirinya sendiri, bagaimana pula
selepas ini? Adakah dia mampu nak pikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat?
Sama – sama kita nantikan jawapan dari tuan punya badan sendiri!!!
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.