Halaman

Isnin, April 29, 2013

BUDAK KECIK PUN TAK PERCAYA DENGAN SURAT YUSOF QADRAWI TU!!!


SH dah bagitau benda ni awal - awal lagi. Memang orang takkan dapat terima 'Peluncuran Surat Yusof Qadrawi' tu sebelum ini. Ianya tak perlu dipertikaikan lagi.

Semua orang pun tahu, surat tu bukannya penentu kepada siapa bakal Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haramjadah tu berjaya merampas Putrajaya.

Ramai akan memberikan pendapat bahawa surat itu hanya merupakan satu tindakan terdesak puak - puak PKR untuk mencari simpati dari kalangan rakyat.

Tidak sesiapa pun dapat memastikan sama ada surat itu tulen atau pun tidak. Hanya yang disebut, isteri Si Ketua Penipu tu pernah 'dengar' Yusof Qadrawi bercakap sedemikian.

Seperti mana yang SH katakan sebelum ini, sesiapa pun mampu untuk menulis surat sedemikian. Waima budak sekolah tadika pun boleh tulis.

Siapa dikalangan rakyat Malaysia yang ada akal bersih dan waras fikirannya mampu untuk menerima surat seumpama itu jika ianya hanay berdasarkan apa yang didengar?

Nah!!! Dah tentu - tentu tak de siapa yang nak terima hakikat tersebut. Waima pemimpin PAS sekali pun takkan mahu menerima perkara tersebut. Nak pulak bagi mereka yang memang tak suka dengan Si Ketua Penipu tu. Dia memang TAK LAYAK jadi PM!!!
KUALA KANGSAR: Calon PAS Kuala Kangsar, Khalil Idham Lim berpandangan surat sokongan daripada tokoh ulama, Dr Yusuf Qardhawi yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, tidak lebih dari sekadar pandangan peribadinya.
 
Beliau nyata senada dengan lain-lain pimpinan PAS yang enggan membicarakan isu 'siapakah calon perdana menteri Pakatan Rakyat' jika gagasan itu menang pada pilihan raya 5 Mei depan.
 
Khalil berkata keputusan pilihan raya umum kali ini yang akan menentukan siapakah yang akan mengetuai negara, menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Najib Razak.
 
"Bagi PAS, pilihan raya yang menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri, dan selepas PRU13 baru kita fikir.
 
"Jadi bercakap atas benda yang bukan-bukan (isu Anwar jadi perdana menteri) saya lebih rasa biar rakyat yang tentukan dan tidak boleh diisukan siapa yang kita mahu pilih jadi perdana menteri awal-awal lagi," katanya.
 
Bagaimanapun, Khalil berkata beliau menghormati sokongan Yusuf Qardhawi terhadap Ketua Umum PKR itu untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.
 
"Kita mengiktiraf Yusuf Qardhawi sebagai seorang ulama, dan kita menghormati dia sebagai seorang ulama," katanya.
 
Sementara, bagi seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Muhammad Kamil Abdul Munir berkata surat sokongan yang dicanang PKR sebagai tulen itu tidak boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk menentukan siapa yang layak menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-7.
 
"Dalam konteks hendak menentukan sesuatu itu, keputusan parti itu perlu dibuat melalui majlis syura, jadi kalau ada satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syura yang menyatakan kami menolak Datuk Seri Anwar sebagai calon perdana menteri maknanya ada, tetapi buat masa sekarang tiada lagi.
 
"Jadi cakap-cakap ada yang tidak puas hati terhadap Datuk Seri Anwar itu biasalah, dan saya kira pendapat ini biasalah dalam politik," katanya

1 ulasan:

  1. Bengong punya orang...Tok Guru mengajar pencacai menipu..itu pun org PAS bole percaya...pthuiiii

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.