Halaman

Isnin, April 22, 2013

CALON BEBAS BERTANDING SEBAB DIBAYAR???


Jika ianya berlaku kepada puak - puak Pakatan Haramjadah itu, sudah tentu ayat itu akan terpacul keluar dari mulut pemimpin mereka sendiri.

Sebagai contoh apa yang berlaku di Paya Besar ketika disoal oleh wartawan berkaitan dengan tindakan Ketua Cabang Paya Besar hendak bertanding bebas.

Ketua Umum PKR sendiri menuduh Ketua Cabang itu telah dibayar oleh pihak tertentu kerana tidak akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan Pusat.

Tindakan sedemikian dianggap sebagai satu penghinaan yang cukup besar kepada sesiapa sahaja dikalangan pimpinan Pakatan walau dimana jua mereka berada.

Perkara ini berbeza dengan Barisan Nasional. Mereka bertanding atas tiket bebas kerana mereka tidak puas hati sebab tak dapat jadi calon.

Namun, pemimpin - pemimpin UMNO atau Barisan tidak pula menuduh mereka bertanding sebab telah dibayar oleh pihak tertentu. Sebaliknya, mereka dikenakan tindakan disiplin.

Apa yang jelas, tindakan mereka itu dianggan satu tindakan mengkhianati parti kerana tidak setia kepada perjuangan untuk membela rakyat.

Mungkin bagi mereka, mereka layak untuk jadi calon sedangkan rakyat diperingkat akar umbi tidak pula beranggapan sedemikian. Bagi rakyat, mereka ini tidak wajar jadi calon.

Disebabkan faktor sedemikian, Datuk Seri Mohd Najib telah menegaskan bahawa calon yang dipilih adalah berdasarkan pandangan serta kemahuan rakyat.

Malangnya, diantara pemimpin - pemimpin itu, ada juga yang merasakan diri mereka layak dan sepatutnya dicalonkan sebagai wakil rakyat.

Kesimpulannya mudah. Tak kira sama ada mereka ini calon dari Barisan Nasional atau pun dari kalangan Pakatan, hasrat mereka bertanding bukan untuk membantu rakyat.

Tetapi mereka ini mempunyai agenda tersendiri. Terutama sekali dikalangan puak - puak Pakatan. Mereka ini bertanding atas kepentingan diri sendiri. 

Jadi, jangan harap la dipilih sebagai wakil rakyat! Dan yang paling penting, jangan pulak nanti diorang salahkan orang lain kalau kalah!!! Semua ni salah diorang sendiri. Sendiri buat, sendiri tanggung la woi!!!

3 ulasan:

  1. Kamilia dah 61 tahun lagi pun kami bosan dengan sikapnya terlalu protokol. Orang UMNO akar umbi tahu hal ni.

    Yang paling banyak berjasa bukannya pemimpin atas saja tapi kami yang sanggup berkempen tak kira hujan ke panas ke sepatutnya layak dihargai juga. Kita sama-sama berjuang untuk parti.

    22 calon parlimen wanita dan 49 calon DUN tak cukup lagi ke mak cik kamilia???

    Eloklah mak cik berambus..... Vote for BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong pandangan awak tu

      Padam
  2. Rukun Iman keenam percaya pada Qada' dan Qadar, segala pencalonan yang dimumkan adalah ketentuan, jika nama anda tidak terpilih terimalah dengan redha.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.