Halaman

Khamis, April 25, 2013

CALON PARLIMEN RAUB DAN SKANDAL SATU JUTA!!!


Sebelum ini kita telah didedahkan dengan hubung kait Blogger belaan DAP yang juga kini merupakan calon mereka bagi merebut kerusi Parlimen Raub.

Kita dah lihat bagaimana Blogger tersebut meraih simpati dengan cara meminta sedekah dari rakyat agar dia dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Kita juga sudah mengetahui aset - aset yang pernah dimiliki oleh Blogger terbabit sepanjang dia bergelar wakil rakyat. Dari isu kuari hingga ke isu saham anak syarikat.

Kali ini, kita dedahkan juga pampasan yang pernah diterima oleh Blogger terbabit sewaktu kontraknya sudah tamat. Pampasan tersebut dibayar sebanyak RM 1.1juta!!!


Nah! Masihkah Blogger terbabit mahu menafikan perkara ini atau dia hanya akan terus mendiamkan diri? Adakah benar dia Telus dan Ikhlas dengan pengundi - pengundinya?

Jelas, tindakan blogger terbabit yang meminta sedekah didalam blog dia sebelum ini hanya satu umpan untuk menipu rakyat demi meraih simpati dari mereka.

Jika dilihat secara realitinya, dia lebih dari mampu untuk menampung segala perbelanjaan kos bagi menghadapi Pilihan Raya kali ini tanpa meminta sesen pun dari orang lain.

Dan adalah mustahil bagi parti yang diwakilinya tidak langsung membantu dalam menyediakan kewangan yang cukup untuk dia bertanding kali ini.

Namun, jika dia betul - betul tidak mempunyai kewangan yang kukuh sehingga terpaksa meminta sedekah, adalah lebih baik dia tak payah bertanding langsung!

Ini kerana dia jelas GAGAL mengawal kewangannya sendiri. Ke mana hilangnya duit pampasan sebanyak RM 1juta yang telah dibayar sebelum ini?

Takkan semuanya habis dijoli? Atau adakah dia dah berikan semua duit pampasan tu kepada Badan Kebajikan sebagai sedekah kepada mereka?

Pun dia masih lagi mahu mempertikaikan Kerajaan kononnya tidak membantu rakyat? Apa yang dia buat selama dia menjadi wakil rakyat sebelum ini? Setakat goyang kaki?

Nah! Seandainya kewangan dia sendiri pun tak mampu hendak dikawal, bagaimana mungkin dia boleh diberi kepercayaan untuk memberi bantuan kepada rakyat kelak? 

Apa jaminan yang mampu dia berikan kepada mereka nanti? Kalau setakat nak bagi jaminan pakai air liur je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Ada hati nak UBAH? Suruh dia UBAH diri sendiri dulu, baru boleh dia nak UBAH orang lain!!!

2 ulasan:

  1. Ha ha ha..

    Encik Semut ni paham tak bahasa Inggeris..lawak pepalih..

    Cer aok baca elok elok..sapa penjual dan sapa pembelinye...tu document jual beli bukanya bayor pampasan...tu ler suruh masuk belajor bahasa inggeris tak hendak..ha ha ha.

    BalasPadam
  2. Jual, beli, pampasan. Apa pun dia tetap ada RM1juta jugak kan? Ke dia tak dapat duit RM 1juta ter?

    Dah ada duit satu juta pun masih nak menagih simpati dan merempat mintak sedekah dengan orang lagi ke? Agak - agak la weh!!!

    Kot ye pun nak menipu rakyat, jangan la nampak sangat BODOHnya!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.