Halaman

Sabtu, April 20, 2013

CALON PKR PAYA BESAR 'IMPORT' JENTERA LUAR???


Nampak gayanya, kemelut yang melanda PKR di Pahang ni masih lagi tak dapat diselesaikan rupanya. Masih bergolak tak tentu arah.

Nak pulak bila Ketua Umum PKR tu buat pengumuman yang dibantah secara terang - terangan oleh orang tempatan. Termasuk dikalangan ahli PKR sendiri.

Disebabkan pengumuman tersebut telah membuatkan Ketua Cabang PKR dan Ketua AMK Paya Besar mengambil langkah drastik untuk bertanding Bebas.

Dan perkara itu menjadi kenyataan apabila calon PKR Paya Besar terpaksa berentap menentang calon Barisan Nasional dan Ketua Cabang Paya Besar sendiri.

Nah!!! Sekarang mana pulak calon PKR, Hidayah Murni tu nak cari jentera untuk berkempen, menampal poster dan buat ceramah? Takkan dia nak buat sorang - sorang.

Tambahan pulak bila Ketua Cabang dan Ketua AMK pun turut bertanding bagi kawasan Parlimen serta kerusi Dewan Undangan Negeri. 

Dah tentu seluruh jentera PKR Paya Besar akan turun dan membantu Ketua Cabang mereka sendiri. Takkan pulak diorang nak tolong orang luar macam Hidayah Murni tu.

Jadi, memang dapat disimpulkan bahawa kemungkinan besar calon PKR Paya Besar akan bawak turun orang luar akan menjadi satu realiti.

Maka, orang Paya Besar perlu berhati - hati. Jangan pulak diorang pandang enteng perkara seperti ini sebab orang luar ni kita tak tau perangai dia.

Sama jugak dengan orang tempatan. Orang luar macam Hidayah Murni tu belum tentu dapat memahami cara orang tempatan berfikir dan bertindak.

Dan kemungkinan besar akan berlaku insiden - insiden yang tidak diingini sepanjang sesi berkempen kali ini. Provokasi orang luar ni dia tak kira siapa.

Sebab lepas habis PRU, diorang akan pulang ke tempat asal masing - masing. Yang tinggal hanya orang tempatan. Dah orang tempatan tu jugak yang akan berterusan berbalah sesama sendiri!!! Ini semua taktik nak buat huru hara je sebenarnya!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.