Halaman

Sabtu, April 20, 2013

CUIT SIKIT: CERITA PASAL DATUK 'CHAMELEON'!!!


Rasa tak puas hati pulak kalau tak sentuh isu berkaitan dengan tindakan Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia ni. Terasa janggal pulak rasanya.

Tapi, ianya perlu menjadi pedoman buat seluruh rakyat Malaysia. Bukan setakat ahli - ahli UMNO sahaja sebab banyak hikmah yang terselindung.

Pada pandangan SH, memang satu keputusan yang wajar bagi YAB Pengerusi Barisan Nasional tidak mencalonkan nama Mantan Naib Ketua Wanita tu kali ini.

Mana tidaknya. Nama dia bukannya tak tersenarai. Cuma ianya tidak tersenarai bagi merebut kerusi Parlimen. Sebaliknya nama dia naik di kerusi DUN.

Apa sebab dia beria - ia benar nak bertanding dikerusi Parlimen sebenarnya? Itu persoalan utamanya. Dan ianya perlu dijelaskan kepada rakyat.

Adakah kerana dia nak berkhidmat kepada rakyat? Kalau bertanding dikerusi DUN, dia tak boleh nak berkhidmat kepada rakyat ke? Selama hari ini bagaimana pula?

Sejak dia bergelar Naib Ketua Wanita, dia tak pernah beri khidmat kepada rakyat atau kepada ahli - ahli Wanita? Apa yang dia dah buat sejak dia jadi Naib Ketua Wanita dulu?

Setakat duduk dan goyang kaki? Atau dia hanya sekadar nak mengejar jawatan semata - mata? Persoalan itu sepatutnya diperjelaskan oleh dia terlebih dahulu.

Baru mula hari nak berkempen, pelbagai tanggapan sudah pun dilemparkan. Ada yang kata dia mengimpikan jawatan Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat.

Ini berikutan keputusan yang dibuat oleh Kak Ijat sebelum ini dimana beliau dengan tegas menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.

Nah! Adakah itu membuka ruang buat Mantan Naib Ketua Wanita itu untuk berangan - angan merebut jawatan sebagai Menteri dalam kabinet?

Atau adakah dia mengimpikan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia sekiranya dia berjaya bertanding dikerusi Parlimen kelak? Kalau setakat bermimpi, baik tak payah!!!

Hakikatnya, nama dan jawatan tidak mampu untuk menggambarkan sejauh mana kesetiaan seseorang terhadap perjuangan. Dah dapat duduk diatas pun dia masih tak puas hati?

Inilah yang sewajarnya dijadikan contoh buat kita semua. Kadang - kadang dalam dunia ni, apa yang kita nak sangat tu yang kita tak dapat. 

Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah. Kalau dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana? Sekarang dah tak pasal - pasal yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak tercicir!!! Semua ni salah dia sendiri, bukan salah orang lain!!!

19 ulasan:

  1. Eloklah mak cik ni di pecat. Ramai wanita umno pun dah menyampah dengan dia...

    BalasPadam
  2. Dalam bahasa orang putih, if you bet a horse you have to stick with it tilll the end. Dulu sokong izat dan bila izat terpalit maka hilang pautan. Dulu khianat TS Rafidah sekarang khianat bangsa. Memang bukan winnable candidate.

    BalasPadam
  3. Dia lebih berani dan bermaruah daripada calon BN Zukifli Nordin dan daripada pemimpin UMNO yang lain. Saya kira dia mencontohi semangat Dato sharir Samad yg sanggup meletak jawatan di parlimen JB sewaktu ketika dulu dan membuktikan bahawa kemenangannya semula di parlimen yg sama adalah disebabkan popularitinya.
    Seperkara lagi tindaka Dato Kamila ini juga merupakan percikan perebutan kuasa dalam UMNO. selepas pilihanraya ni UMNO akan berpecah jadi 2 puak, satu muhyiddin yassin dan satu lagi najib

    BalasPadam
  4. Shahrizat yg sebat RM 250 juta......masih ketua Wanita ......apa masalahnya jika Kamilia bertanding kerusi Parlimen......kenapa nak calunkan di DUN.
    Kenapa Najib tak suka Kamilia jadi Menteri......mungkin nak lantik Shahrizat jadi senator dan Menteri semula.
    Kenapa Najib sayang sangat kat Shahrizat.....ada apa2 rahsia antara mereka berdua ke?
    Dulu Shahrizat jatuhkan Rafidah....apa salahnya jika Kamilia nak ambil alih tempat Shahrizat Lembu.......memang dah budaya UMNO...jatuh menjatuh.

    BalasPadam
  5. banyak dah,dah lama dah aku sokong pakatan rakyat,,,,jadi hari ini aku dengan bangganya akan menyokong sepenuh HATI kepada BARISAN NASIONAL....aku rasa amat2 kecewa dengan pakatan rakyat yang selama ini telah berbohong kepada aku dan semua rakyat malaysia...untuk kali ini undi aku 100% untuk Barisan Nasional...Untuk pemimpin2 pakatan rakyat aku ucapkan selamat dikuburkan.....pendapat aku, orang MELAYU yang mengundi DAP adalah pengkhianat bangsa,yang mengundi PAS pulak memang bodoh dan banggang dan mengundi PKR pula ialah manusia yang buta hatinya....aku dah lama dalam PAKATAN RAKYAT malah cukup kenal individu2 tertinggi mereka...Semua percakapan,kelakuan dan tutur kata mereka semuanya PLASTIK dan hanya BERTUHANKAN jawatan dalam parti...banyak skandal yang timbul mengenai pakatan rakyat pada hari ini.dan seperti biasa puak2 pembela iaitu ahli mereka menuduh puak BN yang mereka2 cerita.....dengan hati yang rendah saya ingin mengatakan disini bahawa semua pendedahan yang dilakukan oleh blog2 pada hari ini ialah kejadian yang benar dan tidak ada sebarang proses EDIT pun....semua video yang di paparkan didalam blog2 pada hari ini 100% benar dan tulen.....UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,SAYA DAN BEBERAPA RAKAN TELAH PUN MENYAKSIKAN VIDEO2 TERSEBUT 2-3 TAHUN YANG LEPAS,PADA MASA TERSEBUT SAYA IALAH SEORANG PENYOKONG KUAT PEMBANGKANG..DAN PADA MASA ITU JUGA SAYA RAPAT DENGAN PEMIMPIN2 TERTINGGI PEMPANGKANG. Pembaca sekelian,saya berani mengatakan bahawa anwar ibrahim 100% tidak layak menjadi perdana menteri kerana keperibadiannya cukup rendah,lebih rendah dari haiwan....nik aziz pula ialah 100% bapa penyelewengan akidah umat islam di malaysia kerana banyak pendapat beliau begitu bercanggah dengan al-quran dan sunnah( saya sendiri semasa dalam pembangkang pernah duduk semeja dengan nik aziz) dan lim kit siang dan karpal sigh pula ialah BATU API yang besar dalam negara malaysia...Cuba anda fikirkan sejenak kedua2 BATU API ini terang2 menghina islam dan kaum melayu dan apa pula tindakan nik aziz tentang kedua2 BATU API ini?..percayakah anda semua jika saya katakan bahawa nik aziz seperti orang bisu dan hanya mengganguk apabila berada didalam mesyuarat antara parti pakatan rakyat???? anda tidak berada didalam bilik mesyuarat seperti saya jadi saya tidak salahkan anda jika anda tidak percaya..
    KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA ORANG MELAYU BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT DALAM PENGUNDIAN NANTI,GUNAKAN HATI DAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS UNTUK MENILAI SESUATU PARTI DAN JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN EMOSI.....SESUNGGUHNYA APA YANG SAYA KATAKAN PADA HARI INI ADALAH BENAR KERANA ALLAH...

    renungkan.......

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    BUMI DI PIJAK MILIK ORANG...................

    SELAMAT MENGUNDI,PILIHAN ANDA IALAH PENCORAK MASA DEPAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA....

    BalasPadam
  6. Dia ni tamak, cam dia bagus... wanita inginkan pemimpin yang memperjuangkan rakyat bukan memperjuangkan diri sendiri... Si Chemelion ni takder sense perjuangan.... aku kesian dia tikam sharizat dari belakang dulu..... aper jenis pemimpin camner gelojoh sangat....

    BalasPadam
  7. Tampa nama 1:O8.....baguslah kerana anda telah sedar,hanya umno yang mampu manjaga hak dan kepentingan orang-orang melayu disamping menjaga hak kaum lain...mudah-mudahan ramai lagi akan sedar.Pas hanya pandai menggunakan sentimen agama untuk mengejar jawatan,pkr banyak pemimpinnya terpalit dengan masaalah moral dan terkini pemimpin pas pun sudah ada masaalah moral manakala dap hanya pandai menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan kuasa dan mereka tak pernah pun menunaikan janji mereka kepada rakyat....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama... Pandangan yg bagus :)

    BalasPadam
  9. muka dia macam cikgu bedah dalam adik manja kan?

    BalasPadam
  10. Lepas ni aku sokong buah hati aku Azalina memimpin wanita umno.
    Semua adik beradik aku sedara mara aku sama sokong.
    Aku rasa uku lah orang yang paling bahagia.......
    I love azalina.

    BalasPadam
  11. LIM KIt Siang memerhati kejatuhan Melayu dari jauh dan dekat. Apa lagi PAS dalam kocek DAp sekarang....

    BalasPadam
  12. setelah lebih setengah abad umno menjaga melayu... akhirnya, hanya seorang aja melayu dari 10 org terkaya di Malaysia.. fikir2kan.. jgn ler nak salahkan bangsa lain lak..

    BalasPadam
  13. Kamilia kata tak ditawarkan kerusi
    1:21PM Apr 22 2013
    Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

    Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

    "Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

    "Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

    "Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.
    malaysiakini

    BalasPadam
  14. pukimak apesal tak klua kan komen aku ni .....kau takut ...ke

    BalasPadam
  15. dia ingat org akan sokongdia tu,,,,,,,

    BalasPadam
  16. Aku support BN pasal aku nak negara yang aman seperti sekarang. Aku anak Selangor dan dah muak dengan pemerintahan pembangkang yang biarkan Selangor kotor, jalan berlubang teruk, lampu jalan tak repair,longkang tak repair.Pada orang Islam yang ada maruah diri dan sayangkan negara ini, sama-samalah kita solat dan berdoa seikhlas hati agar diberikan pemerintah Islam yang sebaik-baiknya untuk Malaysia.Bila kita mati nanti, Allah takkan tanya apa parti kita sokong.

    BalasPadam
  17. Tahniah kepada bro tanpa nama yang keluar dari PKR dan kembali menyokong BN secara total. Bagi saya dengan adanya orang yang berpengalaman dan tahu senario yang berlaku dalam PKR membolehkan anda menjadi bertambah matang dalam memilih perjuangan demi masa depan anak anak bangsa kita khususnya anak melayu. Ceritakan dan sebarkan pengalaman anda kepada sesiapa sahaja terutama gen Y sebagai bantuan dan pedoman memilih perti mana yang boleh dipercayai dan di ikuti...syabas dan selamat mengundi. Bagi koi, Datuk Kamalia ni kita tak perlu risau dan fikirkan....otai yang tidak berbisa dan biarkan dan koi rasa dia akan menyesal dengan tindakannya satu hari nanti kerana setelah lama berjuang iaitu lebih 30 tahun akhirnya ia mendapat gelaran "Pengkhianat Bangsa"

    BalasPadam
  18. Apa nak heran, Allah bayar cash atas apa yang dia buat Datuk Shahrizat.

    BalasPadam
  19. Semut sopak ni pun x berani buboh nama dia, bimbang lepas 6 mei PR memerintah, maka ampu pulak PR tingalkan umno.....makan keliling macai barua ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.