Aduahai!!! Malu betul la Si Mat Syabun ni. Dengan orang tua macam Tok Mun pun dah dah takut ke sampai terpaksa lari ke Negeri Kedah?
Berita hari ini menyatakan bahawa Si Mat Syabun tu akan bertanding disalah sebuah DUN di Kedah tapi masih enggan mendedahkan kat mana.
Sebelum ini, Si Mat Syabun tu bertanding di Parlimen Kuala Terengganu sebelum dia tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail.
Tapi, bukan setakat dengan Datuk Razali je Si Mat Syabun tu dimalukan. Malah SI Mat Syabun tu jugak turut ditentang oleh Tok Mun yang kini berusia 94 tahun.
Nah!!! Kenapa Si Mat Syabun tu tak nak terus kekal bertanding di Kuala Terengganu? Sebab dia tau, dia takkan dapat menang di Negeri Darul Iman tu. Nak pulak kalau bertanding menentang Tok Mun. Dah gerenti dia akan kalah!!! Hahaha...
Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof, 94, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2008, menjadi antara bakal calon yang terawal mengambil borang penamaan calon.Tok Mun yang kelihatan masih sihat, menaiki prebet sapu untuk datang ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira jam 10 pagi tadi di Wisma Persekutuan bagi mendapatkan maklumat sebagai persediaan menghadapi PRU13.Warga emas itu ketika ditemui pemberita berkata, dia berhasrat untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana sebelum ini.“Alhamdulillah, Tok sihat lagi. Tok nak bertanding parlimen lagi, sebab ini amanah orang. Tok takut nak menanggung akhirat esok, dunia tak apa lagi. (Ini kerana) amanah orang lama-lama dulu.“Semalam Tok tengok TV (sudah) bubar Parlimen. Sebab itu Tok mari (pejabat SPR) nak ambil borang. Adik (wartawan) jangan tanya soal menang atau kalah sebab Tok tak kisah menang atau kalah, Tok tetap akan bertanding sebab ini amanah orang,” katanya.Pada PRU 2008, Tok Mun yang juga calon Bebas menggunakan simbol kunci, berjaya mendapat 685 undi namun tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) yang memperoleh 32,562 undi, manakala seorang lagi calon, Mohamad Sabu (Pas) memperoleh 31,934 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.