PM Disambut meriah oleh penduduk dari kalangan pelbagai kaum |
Berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sewaktu sesi lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Terminal Sentral, di Indera Mahkota petang tadi.
Terminal Sentral ini adalah terminal baru yang dibina bagi menggantikan terminal sebelum ini yang kini telah dijadikan sebagai UTC.
YDP Majlis Perbandaran Kuantan mengiringi YAB Perdana Menteri sambil memberikan taklimat mengenai kemudahan yang disediakan. |
Terminal ini dianggap cukup strategik bagi penduduk disekitar kawasan Kuantan memandangkan terminal lama terletak ditengah - tengah bandar.
Ianya menyukarkan rakyat yang menggunakan jalan raya terutama dikala waktu puncak dimana ianya melibatkan kesesakan lalu lintas.
PM pun turut beratur ambik makanan |
Dengan adanya terminal baru ini, maka kesesakan lalu lintas didalam kawasan bandar Kuantan dapat dikurangkan dimasa akan datang.
Perkhidmatan pengangkutan awam seperti Rapid Kuantan dan teksi juga akan disediakan kepada rakyat agar mereka dapat sampai terminal baru ini dengan mudah.
Yang ni paling mahal. Siapa kata PM makan pun kena ikut protokol? Sempoi beb!!! |
Ps: Jangan pulak lepas ni ada orang mengaku kata pembinaan terminal ni idea dia pulak sudah la!!! Jenis orang yang suka mengaku jasa ni yang tak boleh pakai. Kerja tak buat, cakap je pandai!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.