Halaman

Sabtu, April 20, 2013

FENOMENA NASIONAL, KERUSI PANAS SEMUA BERTANDING BEBAS???


Post Mortem Penamaan Calon - Sama ada orang sedar atau tidak, perkara ini menjadi satu fenomena diperingkat Nasional. Namun ianya mula menjadi persoalan.

Rata - rata kerusi panas yang ditandingi oleh puak - puak Pakatan Pembangkang itu dilihat wujud satu fenomena yang baru. Dan ianya menular ke seluruh Negara.

Hampir semua kerusi panas mereka menyaksikan penyertaan calon Bebas. Terutama sekali yang ditandingi oleh pemimpin - pemimpin utama PKR.

Sebagai contoh di Permatang Pauh. Ketua Umum PKR sendiri akan berhadap bukan dengan satu lawan, tetapi dua apabila seorang calon Bebas turut bertanding.

Di Gombak, kerusi yang ditandingi oleh Timbalan Presiden PKR juga turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila seorang calon Bebas turut serta.

Situasi yang sama juga turut berlaku di Lembah Pantai apabila seorang calon Bebas tiba - tiba muncul dan diumumkan pencalonannya hari ini.

Tidak kurang juga dikawasan - kawasan lain. Hampir kesemuanya mempamerkan satu corak yang 'terancang'. Adakah ianya satu kebetulan?

Bagi sesetengah tempat pula, ada yang bertanding Bebas atas alasan tidak puas hati dengan calon yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

Sebagai contoh Datuk Kamilia (Tanjung Karang), Haji Zahari (Paya Besar), Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana) dan Ponusamy (Indera Mahkota).

Tak lupa juga dengan yang menetang pencalonan dari parti komponen masing - masing seperti Sungai Acheh, dimana PAS membantah pencalonan Badrul Hisham.

Walaupun fenomena calon Bebas ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam mana - mana Pilihan Raya, namun kali ini ianya agak berbeza sedikit.

Pihak SPR mengumumkan lebih daripada 500 kerusi Parlimen telah pun diterima manakala 1300 kerusi Dewan Undangan Negeri juga turut diterima.

Kini muncul persoalan dikalangan rakyat sepertimana yang telah dinyatakan tadi. Adakah ianya satu fenomena biasa atau ianya sengaja dirancang?

Jika dilihat dari satu sudut, pertandingan tiga penjuru ini mampu memberikan kelebihan atau sebaliknya kepada mana - mana parti Politik sama ada BN atau Pakatan.

Ada juga rakyat yang mula memberikan pandangan mereka sendiri mengenai apa yang berlaku. Kata mereka ini mungkin perancangan Pakatan.

Tujuan mereka melakukan perkara sedemikian adalah untuk memecahkan undi. Tetapi undi siapa? Tidakkah mereka takut undi mereka yang akan terpecah nanti?

Jika benar pencalonan bagi calon - calon Bebas ini didalangi puak - puak Pakatan, mungkin mereka sudah hilang akal. Mungkin mereka ingat ianya taktik yang akan menguntungkan.

Tetapi mereka juga harus ingat. Pelanduk tak selalu lupakan perangkap. Jadi, jangan nanti diorang sendiri terjerat dalam jerangkap sendiri sudah la!!! Yang ruginya nanti diri mereka sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Insyaallah penyokong setia BN tak akan silap pangkah walau berapa ramai calon bebas yg bertanding... walaupun kamilia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.