Apa
lagi yang perlu kita ceritakan mengenai Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini selain
dari suka menyebarkan khabar angin yang bukan – bukan?
Sejak dia menjejakkan kaki sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, Fuziah jelas gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.
Selama
5 tahun berlalu, tidak ada satu pun khidmat masyarakat yang dihulurkan oleh
Fuziah selain dari menyebarkan fitnah terhadap kilang Lynas.
Beliau
membuat dakwaan kononnya kilang tersebut merbahaya kepada penduduk dan pernah
menyamakan kilang itu dengan reaktor nuklear.
Kenyataan
tersebut menjadi hangat tatkala Tsunami melanda perairan Jepun dan membocorkan
beberapa reaktor Nuklear yang berada di Fukushima.
Fuziah
juga turut menimbulkan panic dikalangan rakyat dengan menyamakan kilang
memproses nadir bumi di Gebeng dengan kilang ARE di Bukit Gambang, Perak.
Namun,
disebalik tohmahan yang dilemparkan oleh Fuziah selama 5 tahun kebelakangan ini
gagal diserta dengan sebarang bukti sehingga ke hari ini.
Malah,
pihak mahkamah juga telah menolak injuksi yang difailkan oleh Pertubuhan NGO,
Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dengan alasan yang sama.
Maka
jelas. Apa yang dilakukan oleh Fuziah selama hari ini hanya tuduhan – tuduhan
kosong semata – mata untuk memburukkan imej Kerajaan.
Disebalik
tohmahan yang dilemparkan itu, Fuziah pernah mengakui yang beliau tidak larat
melayan kerenah rakyat yang datang ke pejabatnya saban hari.
Beliau
sendiri pernah menyatakan perkara tersebut didalam media dan dilaporkan oleh The
News Strait Times yang menyebut:
Fuziah had also admitted to having bitter experiences with her constituents -- she claimed that some of them were only interested in getting financial assistance from her.
(Fuziah juga pernah mengakui mengalami pengalaman pahit dengan pengundinya – beliau mendakwa kebanyakkan diantara mereka hanya berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan sahaja darinya.)
Nah!
Jika rakyat datang meminta apa sahaja bantuan sekali pun, bukankah sudah menjadi
kewajipan bagi dia untuk membantu mereka sebaik mungkin?
Bukankah
Pakatan Rakyat selama hari ini sering mendabik dada mengatakan yang mereka ini
Harapan Rakyat? Habis, kenapa pulak Fuziah nak merungut tak tentu arah?
Sekarang
rakyat sendiri perlu berfikir dengan sepenuh hati. Adakah mereka mahu pemimpin
yang benar – benar mampu membela rakyat atau mereka mahu pemimpin yang hanya
tahu merungut setiap kali bantuan diminta? Kalau setakat jadi Haprak Rakyat,
baik tak payah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.