Halaman

Rabu, April 03, 2013

GEMPAR!!! BADROL KHALWAT AKAN PULANG KE SABAH!!!


Rakyat Sabah kini perlu lebih berhati - hati. Selepas kemelut pencerobohan di Lahad Datu beransur - ansur reda, kini tiba pulak ancaman terbaru.

Kerana ancaman kali ini tidak mengenal erti kemanusiaan. Ancaman ini datangnya dari Si Badrol Khalwat yang banyak membawak onar di Semenanjung.

Oleh yang demikian, rakyat Sabah perlu sentiasa berwas pada. Pastikan anak - anak perempuan, mahupun isteri masing - masing tak keluar rumah lewat malam.

Dikatakan bahawa Badrol Khalwat ni suka mencari mangsa dengan memberikan mereka 'kaunseling' jam 3 pagi dalam bilik hotel bersama isteri orang. 

Jadi, kalau sayang pada isteri kita, WAJIB kita tolak pemimpin macam Si Badrol Khalwat ni. Nak jadikan dia contoh buat anak - anak kita pun tak berbaloi. Inikan pulak kalau nak jadi wakil rakyat. Takut nanti, ramai pulak yang jadi mangsa dia!!!
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Dr Badrulamin Bahron yang pernah dipalitkan dengan tuduhan khalwat membayangkan bahawa beliau akan diletakkan sebagai calon di Sabah.

Dr Badrulamin walau bagaimanapun berkata belum ada keputusan rasmi dari kepimpinan tertinggi parti mengenai perkara itu.

"Mungkin di Sabah, belum diputuskan lagi. Sebab sekarang ni ramai calon, dan saya pun hanya menyerahkan kepada pucuk pimpinan, jika diperlukan saya bertanding, jika tidak saya tetap bekerja untuk kemenangan parti," kata beliau kepada Antarapos.

Dr Badrulamin yang berasal dari Sabah mula menyertai PKR pada tahun 1999, dan pernah dilantik sebagai Ketua PKR Sabak Bernam sejak 2000 sebelum menjadi Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor sejak Julai 2010.

Bekas pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang didakwa sebagai isteri orang pada Februari 2012.

Namun, beliau menafikan tuduhan itu mendakwa beliau cuba 'membantu' wanita tersebut yang mempunyai masalah rumah tangga dan mengganggap kejadian khalwat itu sebagai 'tindakan terancang untuk memerangi dan mengaibkan beliau'.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.

3 ulasan:

  1. Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Dr Badrulamin Bahron berpengalaman penuh KAUNSELING JAM 3 PAGI tidak dapat disangkal. Tapi nak jadi PEMIMPIN CONTOH langsung tidak berkelayakan. Taraf kelayakan PEMIMPIN CONTOH boleh beri markah -09%.

    BalasPadam
  2. Ni satu lg spesis manusia malaun bertopengkn ugama yg terpengaruh ajaran syaitan!..Nk menjadi calon kat Sabah? Berjaga2 lah wahai org2 Sabah semua, malaun konseling 3 pg dh mai dh!...Humbankn dia kedalam longkang!!!

    BalasPadam
  3. nak kata ustaz yang mulia tapi melakukan kaunseling keluarga hanya dihadiri oleh si isteri tanpa suami di bilik hotel pada jam 3 pagi?????bagi aq tak logik.....nafi la sehebat mana pon tapi salah tetap salah,...dan takkan menjadi semulia nabi muhammad s.a.w walau apepon

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.