Halaman

Jumaat, April 12, 2013

HADI TAK NAFI KATA ITU BUKAN POK MUS!!!


Cuba kita baca balik kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS ni dengan betul - betul. Dia sikit pun tak nafikan yang individu dalam video tu Setiausaha Agungnya.

SH bukan nak tuduh kata itu Pok Mus. Tapi memandangkan video tu dikatakan telah disebar dan diedarkan oleh budak AMK, apa lagi kita nak kata?

Perkara tu juga tak mustahil dalam keadaan Politik yang serba celaru sekarang ni. Kemungkinan perbuatan tu satu sabotaj terhadap PAS.

Kalau kita tengok pun, diserata pelusuk Negara, ada sahaja perbalahan diantara PAS dan PKR Jadi, tak heran kalau video tu keluar untuk tutup mulut PAS sendiri.

Tambahan pulak perkara ini bukan la satu perkara yang baru bagi PAS. Dulu pun PAS pernah jugak mengalami perkara yang sama dimana pemimpin dia terlibat dengan Khalwat.

Bila ianya dilaporkan kepada Pok Nik, apa kata Pok Nik? "Tak apo. Dosa dio doh diampun." Pulak dah!!! Kena tangkap terang - terangan masih nak nafi jugak?

Inilah dia nilai Assobiyah didalam kalangan pemimpin Parti Angguk Saja tu sebenarnya. Diorang ni cakap kat orang je pandainya. Tapi diri sendiri pun tak betul lagi. Jadi, tak payah la susah - susah nak tuduh orang itu ini!!! Setakat cakap ke orang je buat apa!!!
SHAH ALAM: PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan bersabit video seks yang dikaitkan dengan Datuk Mustafa Ali, kerana “maruah beliau lebih tinggi” daripada rakaman itu, kata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Tak perlu mesyuarat. Kita banyak masa untuk benda lain. Tak jatuh (kredibiliti) kerana maruah beliau lebih tinggi daripada itu. Tuhan tahu," tambah Hadi.
 
Ditanya bagaimana PAS boleh mencapai pendirian itu kerana wajah lelaki dalam rakaman video itu mirip dengan Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS, Hadi berkata: "Dunia sekarang boleh buat macam-macam."
 
"Saya tidak percaya (itu Mustafa Ali), dan minta dia siar lebih banyak, (supaya) dapat pahala pada Mustafa."
 
Rakaman video 11 minit itu memaparkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dan memberinya wang selepas persetubuhan itu. 
 
Semalam polis Terengganu merampas 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD rakaman berkenaan di kawasan perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang, Besut.

2 ulasan:

  1. Admin, minta buat kajian atau dapat gambar lain di dalam simpanan Bloger2 mengenai Beg Hitam (Briefcase) yang dipegang oleh orang dalam Video. Kalau ada lagi bagus mustahil sampai beg itu pun ada di Pelanduk 2 serupa. Saya yakin wanita itu bukan warga indonesia, kerana lorat cakapnya , dan tambah pulak wanita menjelaskan mengenai bayaran yang diterima telah dibayar sebagai deposit sewa rumah maka perempuan itu adalah , perempuan simpanan. Kalau Malaysia mesti boleh cari, sekiranya pihak yang menyebarkan klip Video ini cuba menyelamatkan identiti wanita itu konon sebagai warga Indoensia, adalah satu helah, boleh siasat siapa wanita itu dan boleh dapat kepastian melalui rekod pangilan teleponnya dan padam muka PAS yang juga berdalih tapi kali ni mampus?

    BalasPadam
  2. sudahnya HADI AWANG terpaksa mengaku video china doll memang sah ANWAR IBRAHIM. Peluk Anwar pun tak guna sesen!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.