Halaman

Isnin, April 22, 2013

HANGAT!!! PKR TUDUH HADI AWANG MENIPU???



SHAH ALAM: Pergaduhan antara PAS dan PKR semakin memburuk dengan pimpinan PKR menafikan tuduhan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya parti itu meletakkan 'calon tangkap muat' dan 'pengedar dadah' selain menjual kerusi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohd Nur Manuty dan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie menyifatkan tuduhan Presiden PAS itu sebagai meleset. 
 
Manuty berkata calon yang dipertaruhkan PKR terdiri daripada individu yang mempunyai perwatakan baik umpamanya calon di DUN Panti.
 
"Kalau calon di Panti itu, saya boleh bagi jaminan. Dia orang baik, orang kanan Anwar Ibrahim yang bekerja di pejabat Anwar.  
 
"Itu adalah pimpinan ABIM. Peribadinya, dia orang soleh. Tak ada kemungkinan dia nak lompat. Tak ada ruang peluang untuk dia melompat," kata Manuty kepada Antarapos.
 
Namun ketika ditanya adakah benar PKR mengetengahkan calon yang dikatakan pernah mengedar dadah, Manuty enggan mengulas lanjut.
 
"Yang itu saya tiada komen, sebab saya tak ada bukti. Tapi setahu saya PKR mengemukakan calon yang ditapis," katanya lagi.
 
Antarapos kemudiannya menghubungi Shuhaimi untuk bertanyakan isu yang sama. Beliau kemudiannya menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai cubaan untuk mengungkit kisah lama.
 
"Kalau mungkin wujud dakwaan dan dakwaan itu betul, tapi kejadian itu berlaku lama dulu sebelum beliau sedar, insaf masuk menyertai PKR, apakah kita perlu ungkit cerita lama dia? 
 
"Dalam politik yang diwakili manusia, semua manusia ada kekurangan. Jadi kekurangan yang tidak memudaratkan, kalau misalnya ada dakwaan mengatakan terbabit dengan pengedaran dadah, adakah itu sudah diputuskan di peringkat mahkamah, ataupun sudah didapati bersalah?," katanya.

Ps: Dalam erti kata lain, PKR menuduh Presiden PAS sebagai seorang Penipu kerana mendakwa calon mereka sebagai seorang pengedar dadah sebelum ini.

Jangan pelik pulak kalau lepas ni Hadi Awang kata yang kenyataan dia telah diputar belit oleh pihak media. Yang salah bukan dia. Media jugak yang kena!!!

1 ulasan:

  1. Ada bukti video hadi perleceh calon pkr, dan angkat bakul parti dia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.