Halaman

Sabtu, April 13, 2013

HUDUD, BEBALNYA PEMIKIRAN PENCACAI PAKATAN!!!


Kadang - kadang kesian jugak tengok puak - puak Pencacai Pakatan Haramjadah ni. Diorang ni mudah sangat terpengaruh dengan kata - kata pemimpin diorang sendiri.

Kalau kita perhatikan dalam debat dilaman sosial, mereka sering kali menuduh orang UMNO menolak Islam kononnya. Bila ditanya Islam apa yang ditolak UMNO?

Sudah pasti jawapan yang akan diorang bagi ialah Hudud. Disebabkan UMNO tolak Hudud, diorang labelkan orang UMNO tolak Islam.

Soalnya, adakah Hudud itu lambang Islam? Bagaimana pulak dengan rukun - rukun Islam yang lainnya?? Adakah Hukum - Hukum Islam lain tidak penting?

Balik - balik bila kantoi berdebat, maka keluar la cerita pasal Hudud. Diorang soal kenapa UMNO tak nak laksana Hudud. Kenapa UMNO tolak perlaksanaan Hukum Hudud.

Tapi, bila disoal balik 'Apa itu Hudud?', tak de sorang pun yang mampu jawab. Kenapa diorang tak mampu jawab sedangkan diorang beria - ia nak laksanakan Hudud?

Sebabnya mudah. Diorang sendiri pun tak faham apa maksud Hudud itu sebenarnya. Tapi, nak tunjuk yang kononnya diorang ni memperjuangkan Islam, main sebut je Hudud.

Kenapa diorang GAGAL nak menjelaskan Hudud kepada orang lain? Sebab pemimpin diorang pun tak jelaskan apa itu Hudud yang sebenarnya.

Hudud hanya merupakan sebahagian daripada Hukuman dalam Hukum - Hukum Islam. Itu sahaja. Ianya bukan satu teks mengenai Hukum Islam secara keseluruhan.

Hudud merupakan Hukuman terakhir bagi hukum - hukum lain didalam Hukum Islam. Perkara ini yang GAGAL dijelaskan oleh pencacai Pakatan.

Tambah memalukan ialah apabila mereka yang menyalak pasal Hudud ni ditanya, Kenapa Pakatan tak laksanakan Hudud dalam manifesto mereka? Masing - masing terkedu.

Jelas, hanya orang bawahan sahaja yang sering dipesongkan pandangan mereka mengenai Hudud ni sedangkan dalam masa yang sama, pihak atasan buat tak tau je.

Bukan sahaja pemimpin sebarangan dari kalangan Parti Angguk Saja tu yang menolak Hudud. Malah Presiden PAS sendiri mengugurkan perjuangan Hudud. 

Itu hakikat yang pencacai Pakatan tu tak boleh nak terima. Jadi, jangan la setakat pandai nak salahkan orang lain je kerjanya. Kaji dulu diri sendiri sebelum nak kata orang lain tak Islam dan sebagainya. Sedar diri sikit. Jangan malukan diri sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.