Halaman

Isnin, April 29, 2013

JANJI PAK 'IBHARIM' TAK BOLEH PAKAI!!!


Ini satu hujah yang diutarakan oleh sahabat sekampung SH semalam apabila membincangkan mengenai manifesto Pakatan Haramjadah tu secara terbuka.

Kata sahabat SH, "Bagaimana mungkin kita mampu menerima apa yang telah mereka janjikan kalau yang sebelum ini diorang tak boleh nak buat?

"Mungkin bagi yang memang dah 'tepu' kepala otak dengan doktrin Pakatan Pembangkang tu, kita tak heran la kenapa diorang tolak. Otak diorang memang dah dicuci.

"Tapi kita bercerita pasal orang lain. Mereka yang berkecuali dan sering duduk atas pagar ni. Takkan la benda ni diorang tak nampak kot?

"Nak guna slogan 'Manifesto Bukan Janji' tu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak - puak Pakatan ni buat manifesto sekadar suka - suka.

"Bagi diorang, manifesto tu gunanya hanya untuk memancing undi. Macam kata Nik Aziz la, setakat tabur dedak nak panggil 'haiwan ternakan' makan.

"Jangan cerita bab manifesto la. Kita tengok dasar perjuangan diorang sendiri pun dah cukup. Mana diorang mampu laksanakan semua yang diorang cakap.

"Bayangkan. Perlembagaan diorang sendiri pun diorang boleh tolak sesuka hati, inikan pulak janji yang diorang tabur pada rakyat. Lagi la senang diorang nak buat.

"Sebagai contoh, dalam DAPigs mereka tidak dibenarkan mana - mana pemimpin memiliki tanah atau menerima darjah kebesaran dari Kerajaan Negeri.

"Tapi sekarang ni, dikalangan mereka sendiri dah ada yang bergelar Datuk dan menerima habuan tanah yang cukup besar. Kan jelas itu menentang perlembagaan mereka?

"Dalam PKR pulak, diorang kata diorang tak amalkan kronisme. Tapi dalam masa yang sama, Suami jadi Ketua Umum, Isteri jadi Presiden, Anak jadi Naib Presiden.

"Tak cukup dengan itu. Semua bekas pembantu peribadi termasuk Setiausaha Sulit pun dapat jawatan tinggi dalam parti. Itu bukan bukti mereka langgar Perlembagaan sendiri?

"Kita tengok PAS pulak. Dasar perjuangan diorang ialah untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Sekarang mana pergi semua tu?

"Semuanya hilang disebabkan kerakusan mereka untuk mendapat kuasa. Mungkinkah dasar perjuangan tu hilang akibat kesilapan komputer? (Sempat jugak dia buat lawak).

"Kesimpulannya mudah. Diorang buat Manifesto sebelum ini, sama ada nak bagi tanah ke, nak hapuskan tol ke, nak turunkan harga kereta ke, semuanya menipu belaka!!! 

"Kalau apa yang diorang sendiri cakap pun diorang tak percaya, lagi kita nak percaya pada diorang? Lagi kita nak yakin pada apa yang diorang janjikan? Tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.