Halaman

Ahad, April 07, 2013

KAK WAN OMEGA, KENAPA KAU MENANGIS DISINI???


Mujur la Tun Siti Hasmah tak keluarkan ayat keramat yang dipetik dari filem 'Ibu Mertuaku' tu ye tak. Sebab sifat Tun Siti Hasmah cukup lembut dan penyayang.

Tapi, apa yang herannya, kenapa pulak Si Kak Wan Omega tu datang menangis - nangis depan Tun Siti Hasmah? Apa pulak yang nak ditangiskannya?

Perkara ni tak pelik sebenarnya beb. Ianya satu pengakuan yang telah dinyatakan terang - terangan oleh Si Nurul Izzah tu sendiri dalam satu ceramah sebelum ini.

Dia mengakui bahawa tindakan Papanya telah membuatkan ibunya sendiri merana sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu.

Tinggal lagi, Si Nurul Izzah tu tak pernah pulak cakap kenapa dan apa sebabnya. Cuma dia hanya memutar belitkan cerita dan menyalahkan orang lain pulak.

Tapi, nak heran apa dengan alasan puak - puak Pakatan Haramjadah ni ye tak. Diorang mana nak mengaku kesalahan diorang sendiri. Maklum la. Pesakit 'Denial Sindrom'.

Namun, masih jugak ada rakyat yang tertanya - tanya. Dengan adanya pendedahan mengenai perkara tersebut, tak nak ke Kak Wan menafikannya?

Bagi SH, Kak Wan takkan berani nak cakap apa - apa. Selama hari ni pun, dia memang takut dengan Bang Non. Walaupun ianya satu Kebenaran, Kak Wan takkan berani bersuara. 

Sedangkan maruah diri sendiri pun dia tak mampu nak jaga, inikan pulak hal - hal lain. Jadi, macam mana pulak diorang nak jaga maruah Negara kelak? Memang alamat jahanam la jawabnya!!!
Agenda Daily - Ini juga satu cerita yang sudah lama tersimpan. Betulkah cakap-cakap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah berjumpa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menangis mengadu mengenai perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.
Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998.
Namun,tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri.
Hal itu dapat difahami kerana ia melibatkan sesuatu yang sulit dan sifat Dr Siti Hasmah sendiri diketahui jarang mau cakap politik.
Bagaimanapun, petang Sabtu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara itu sekaligus menjawab teka teki berhubung pertemuan Wan Azizah dan Dr Siti Hasmah.
Ketika Agendadaily bertanya mengenainya dalam sidang media selepas berucap di Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa,di Shah Alam, asalnya mantan Perdana Menteri nampak macam keberatan menjawabnya sendiri.
Bagaimanapun, beliau kata surat itu terlalu peribadi dan tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain sudah menjadi rahsia sejak 15 tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.