Tak payah kita nak cakap banyak la. SH rasa kali ni memang konfirm Si Ketua Penipu tu dah pack barang dia dan cabut lari ke Turki. Tak sempat subuh beb.
Mana tidaknya. Kalau Shaheizy Sam tu bertanding dalam PRU akan datang atas tiket Bebas sekali pun, dah tentu - tentu dia boleh 'Tapau' Si Ketua Penipu tu beb.
Siapa dapat lawan undian sebanyak 80ribu lebih macam Shaheizy Sam tu? Tak de orang mampu der!!! Solid semua orang akan undi dia punya. Mana la Si Ketua Penipu tu tak ketar lutut!!! Hahaha...
Sebentar tadi telah berlangsungnnya anugerah penuh berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Anugerah yang bertemakan Ledakan Geometri kali ini telah menampilkan tiga pengacara hebat, iaitu Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan sebagai penyeri majlis dan nampaknya keserasian gandingan ketiga-tiga pengacara ini mampu membangkitkan lagi kehangatan aura ABPBH sebentar tadi.Untuk makluman, ABPBH kali ini menampilkan sedikit kelainan, dengan menampilkan enam kategori baru yang diundi menrusi ‘online,’ di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh di Laman Sosial serta Watak Jahat Dalam Filem atau Drama.Wah, meskipun Zizan berjaya mendominasi kebanyakan kategori ABPBH pada malam ini, akan tetapi populariti Shaheizy Sam tidak boleh disangkal lagi apabila aktor berbakat tersebut berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 dengan berjaya mendapat kutipan sebanyak 79,656 undian sekaligus berjaya membawa pulang set barang kemas dari Habib Jewel, Kereta Nissan serta Trofi ABPBH. Tahniah! diucapkan untuk Shaheizy Sam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.