Halaman

Rabu, April 17, 2013

KE MANA HALA TUJU PAK NGAH???


Itu persoalan yang timbul tatkala penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Ke mana hala tuju Pengerusi DAP Pahang ini?

Sedangkan yang calon lain semua dah ambil tempat, tinggal dia sahaja yang belum membuat keputusan mengenai kerusi mana dia nak bertanding.

Bagi sesiapa yang tidak kenal dengan dia, mari kita perkenalkan sikit. Namanya Leong Nga Nga, Pengerusi DAP Pahang atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Sejak sekian lama, Pak Ngah menjadi pembangkang dalam Kerajaan Negeri Pahang apabila mula bertanding di kerusi DUN Triang. Sejak itu, Triang menjadi kubu kuat DAP.

Sebelum ini, terdengar desas desus dari kem DAP mengatakan bahawa Pak Ngah mahu bersara dari Politik dan tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

Namun, desas desus itu tidak dapat dipastikan lagi kerana nama Pak Ngah masih lagi disebut - sebut sebagai calon dalam Pilihan Raya kali ini.

Walaubagaimana pun, Pak Ngah dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Triang dan akan memberikan laluan kepada Pembantu Peribadinya bertanding disitu.

Khabar angin yang diterima sebelum ini menyebut bahawa Pak Ngah mahu bertanding di kerusi Parlimen Bentong untuk berhadapan dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Nama Pak Ngah disebut - sebut di Bentong ekoran isu panas yang dicetuskan oleh YAB Menteri Besar Pahang yang disifatkan oleh DAP sebagai satu cabaran.

Tetapi, khabar angin itu kemudiannya pudar apabila DAP Pusat mengumumkan nama Pengerusi Himpunan 'Kahak' Hijau, Wong Tack untuk bertanding dikawasan tersebut.

Kemudian, nama Pak Ngah disebut pula akan bertanding di kerusi DUN Ketari yang juga merupakan kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Bentong.

Dan ianya hampir menjadi kenyataan apabila beberapa pimpinan DAP menyifatkan bahawa mereka akan turun dengan semua jentera bagi merampas kawasan Bentong.

Namun, berita yang diterima semalam mendakwa bahawa Pak Ngah telah mengubah hasratnya untuk bertanding di Ketari dan akan berpindah pula ke Tanah Rata.

Persoalannya, kenapa sampai hari ini Pak Ngah masih tidak mampu membuat sebarang keputusan berkaitan dengan dirinya sendiri? Di mana dia akan bertanding?

Kenapa pula disaat - saat akhir menjelang hari penamaan calon, Pak Ngah boleh tiba - tiba berubah fikiran dan tidak mahu bertanding di kawasan Bentong?

Ada yang mengatakan bahawa Pak Ngah berubah hati setelah mendapat khabar bahawa kerusi DUN Ketari akan ditandingi oleh calon MCA. Adakah Pak Ngah takut dengan MCA?

Tidak kurang juga ada pihak yang menyebut, perubahan itu disebabkan Menteri Besar Pahang sendiri. Bagi mereka yang tak tahu, Pak Ngah memang baik dengan MB.

Mungkin Pak Ngah takut nak bertanding di Bentong sebab segan nak bersalaman dengan MB Pahang yang juga merupakan ADUN kawasan Pelangai pada hari penamaan calon nanti?

Apa pun, kita tunggu pengumuman penuh calon Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang yang dijadualkan akan diadakan lewat malam ini. Kita tengok, berani atau tidak Pak Ngah nak bertanding di Bentong. Jangan dia berkubur terus sudah la!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.