Halaman

Selasa, April 02, 2013

KENYATAAN 'PALING CERDIK' OLEH HADI AWANG!!!


Inilah kenyataan paling cerdik yang pernah dikeluarkan oleh Si Hadi Awang. Kalau sebelum ni, dia pernah tampil dengan kenyataan menghalalkan penggunaan kalimah Allah.

Yang tu boleh tahan jugak 'cerdiknya' sampai habis semua umat Islam dalam Malaysia naik angin terhadap dia. Tu termasuk ahli - ahli PAS sendiri.

Sekarang dia tampil pulak dengan kenyataan yang jelas menjurus ke arah 'Khurafat' dan 'Syirik' apabila dia percaya kepada 'Bomoh'. 

Walaupun hakikatnya dia tuduh UMNO, tapi dia sendiri pun percaya dengan 'Bomoh'. Kalau tidak, kenapa dia sebut ye tak? Nampak sangat la dia ni buta.

Takkan la dia tak tau yang Datuk Seri Najib nak pergi menunaikan Umrah pada 3 April ni untuk bermunajat kepada Allah dan bermohon agar diberikan hidayah? 

Mustahil la kalau dia kata yang dia tak tau mengenai perkara tersebut sedangkan semalam Setiausaha Agung PAS sendiri yang memaklumkan perkara tu kepada umum.

Nah!!! Nampak sangat la yang puak - puak Parti Angguk Saja ni tak boleh terima hakikat bahawa orang UMNO ni bermunajat kepada Allah, memohon perlindungan dan kesejahteraan Negara. Bukan macam diorang. Bermunajat nak menjahanamkan orang lain!!!
KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

"InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu."

"Kerana UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut.

Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR.

"Walaupun kita berbeza ideologi. Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.

5 ulasan:

  1. Janganlah kita bersangka buruk,kerana Allah SWT kini sedang menunjukan segala keburukan Hj Hadi ini kepada semua umat2 yg lain,TANPA tidak dapat di tepis lg oleh tuan empunya badan.

    TIDAK KAH ALLAH YG MENCIPTA SEKELIAN MAKLUK ITU MENGETAHUI SEGALANYA? SEDANG IA MAHA HALUS URUSAN TADBIRNYA,LAGI MAHA MENDALAM PENGETAHUANNYA..AL MULK

    BalasPadam
  2. Hadi,

    PAS bercanggah dengan lain2 dasar parti2 dalam PRakyat dalam soal prinsip yang utama.!

    Prinsip itu adalah 'memertabatkan Islam'.!!

    BalasPadam
  3. Ini lah taraf ulama yang ada di Malaysia. Rosak Islam kerna mereka2 ini. Banyak fatwa yang di buat mengikut sesuka mereka atas kehendak politik untuk berkuasa. Bilamana dah dapat kuasa maka akan dibuat pula fatwa lain bagi menghalakan apa juga yang mereka lakukan. Walaupun UMNO melakukan kesalahan dalam politik namun UMNO tidak pernah mengunakan agama demi menjamin politik mereka.

    BalasPadam
  4. Ini ke seorg ulamak toktok aku baru kenal seorg pimpinan agama isle PAS.penghancus isle di msia.

    BalasPadam
  5. Hadi Awang ni dah tenat otakya ketahap kanak-kanak terencat!!! Dia tuduh begitu sebab dia sendiri yang pakai bomoh...takut pada banyangnya sendiri...Pemimpin PAS yang paling BENAK, BODOH DAN BENGAP di abad ini...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.