Kalau sebelum ini, pencacai - pencacai Pakatan tu hanya membesar - besarkan cerita mengenai pemimpin Barisan sahaja dipecat kerana bertanding Bebas.
Tapi, mereka cuba nak menyembunyikan kebenaran dari perhatian rakyat. Hakikatnya, lebih ramai pemimpin Pakatan yang mengambil tindakan sedemikian.
Terutama sekali dikalangan Ketua Cabang PKR sendiri. Sebelum ini kita dengar cerita pasal Ketua Cabang dan Ketua AMK Paya Besar yang bertindak sedemikian.
Sekarang tiba giliran dua orang lagi Ketua Cabang yang mengambil tindakan sedemikian. Mereka jadi calon Bebas sebab kecewa dengan sikap pilih kasih pimpinan PKR Pusat.
Salah seorang dari mereka ialah Mejar (B) Kamal Badri, Ketua Cabang Tanjung Malim. Aik? Bekas pemimpin tentera pun kena pecat jugak ke?
Bukan ke selama hari ini puak - puak Pakatan Haramjadah tu dok bangga sangat kata bekas pemimpin tentera ni semuanya menyokong perjuangan diorang?
Habis kenapa pulak sekarang ni diorang tak calonkan beka Mejar tu sebagai calon? Bekas Mejar tu tak layak ke nak mewakili puak - puak Pakatan Pembangkang ni?
Nah!!! Sekarang kita dapat lihat sifat Hipokrasi yang cukup tebal dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang memang suka pilih kasih.
Orang yang dah lama jadi ahli macam Mejar (B) Kamal Badri tu tak dipilih sebagai calon. Tapi, orang yang baru sehari dua jadi ahli terus dinobatkan sebagai calon dikerusi istimewa.
Politik Bangsat apakah ini? Tidakkah itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada perjuangan mereka sendiri? Kalau cakap diorang sendiri pun diorang tak boleh nak ikut, nak kita ikut diorang menda kejadahnya!!! Cakap tak serupa bikin!!!
IPOH – Dua ahli PKR yang bertanding sebagai calon Bebas, iaitu Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani dan Ketua Cabang Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin akan dipecat dari keahlian PKR Perak.Ridzuan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tapah, manakala Kamal Badri akan bertanding di kerusi Dun Behrang.Pengarah Pilihan Raya PKR Perak, Ismail Yusop berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk melakukan tindakan sama kepada penyokong dan pencadang kedua-dua individu berkenaan."Kepimpinan parti anggap tindakan dua ahli itu tidak mengejutkan, namun sangsi dengan niat sebenar mereka bertanding sebagai calon Bebas."Kita akan sarankan kepada pimpinan pusat untuk memecat mereka dari parti. Mereka mungkin berbuat demikian kerana tidak disenaraikan sebagai calon," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Negeri Perak, semalam.Tambahnya, perkara itu membuktikan pilihan pucuk pimpinan PKR adalah tepat kerana calon dilantik mewakili parti mesti taat setia kepada parti serta perjuangan, tidak kira dicalonkan atau tidak.
Ps: NAda hati nak TUKAR ke? Lain kali la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.