Hah sudah!!! Apa cerita pulak ni? Dah berjaya dapat rampas kawasan orang pun masih lagi dia rasa semput ke sampai nak pitam? Tu belum bertanding lagi tu.
Orang dah pesan. Bila umur dah tua ni, bawak - bawak duduk kat rumah je. Main dengan cucu ada jugak faedah. Ini tidak. Nak jugak dia bertanding.
Baru bagi cermah 5 minit, Si Kit Siang ni dah semput. Dah kena berenti. Itu semua tanda - tanda umur dah lanjut. Pun dia masih tak sedar diri jugak ke?
Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Kerja lain tak de. Asyik nak Gila Kuasa je kerjanya. Bila orang tegur, diorang marah.
Mengkala nak suruh diorang terima hakikat? Jangan harap la!!! Jenis manusia yang 'Anti Kebenaran' ni payah nak bercakap dengan diorang.
Kalau diorang bercakap, kita kena dengar. Tapi, kalau kita bercakap dengan diorang? Serupa macam kita bercakap dengan dinding je la jawabnya.
Yang lagi parah, bukan setakat kita yang biasa ni je diorang buat tak tau. Malah dengan ahli - ahli parti pun diorang buat macam tu jugak beb.
Tu pasal la rakyat muak dengan diorang ni. kalau bab bercakap memang pandai. Tapi suruh diorang buat kerja tengok. Dah tentu - tentu banyak alasan yang diorang keluar. Harapan Rakyat konon. Haprak Rakyat boleh la!!!
NUSAJAYA 7 April - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.
Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.
Ceramah itu kemudiannya terpaksa diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.