Halaman

Selasa, April 16, 2013

MAHFUZ BEAN KATA DIA TAK LAYAK BERTANDING DUN!!!


Apa kelas beb kalau Si Mahfuz Bean ni nak bertanding DUN. Dia bukannya nak jadi Menteri Besar. Dia sendiri dah kata yang dia nak jadi Perdana Menteri.

Jadi MB ni bagi la pada orang lain. Yang mana lulus bawah dari dia boleh la kalau nak berebut jawatan tu. Maknanya, yang mana lulus UPSR je la yang layak jadi MB Kedah.

Sebab dia sendiri pun takat lulus SRP je. Tu pun takat LULUS. Sikit je lagi, boleh jadi kantoi. Buat malu je kalau dia nak jadi Perdana Menteri kalau macam tu.

Tinggal lagi, tahan jugak la kenyataan SI Mahfuz Bean tu kali ni. Sebab diakhir komen dia, dia mengaku jugak yang dia hanya sekadar MACAI je dalam Parti Angguk Saja tu. Kalau dah tau taraf tu tara MACAI je, buat la perangai MACAI!!! Tak payah la nak berlagak sangat!!!

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan beliau hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU1).

Pengesahan itu sekaligus menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan pemerintahan di Kedah selepas 5 Mei depan.

"Sebelum ini spekulasi kononnya saya bertanding di Dun Bukit Pinang bagi membolehkan saya jadi menteri besar kalau PAS menang.

"Saya tegaskan saya hanya mempertahankan Parlimen Pokok Sena, tak bertanding di mana-mana Dun di Kedah," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, dekat sini hari ini.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bertembung dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi tersebut.

"Disebut-sebut setiausaha politik perdana menteri akan bertanding di sana jadi saya bersedia melawan sesiapa sahaja," katanya.

Pada PRU12 tahun 2008, Mahfuz menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Mahfuz juga berkata, beliau tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan rakyat Kedah kepadanya.

"Sekali lagi saya terpilih di Pokok Sena, jadi saya akan terus perjuangkan kepentingan rakyat di sana.

"Tidak timbul isu percaturan di Kedah kerana kami seperti keluarga besar yang berkhidmat untuk rakyat.

"Terima kasihlah kepada media yang naikkan taraf saya dari cai parti kepada kononnya nak jadi menteri besar," katanya berseloroh.

2 ulasan:

  1. Kita harap orang Pokok Sena dapat apa yang mereka perlukan dari seorang Ahli Parlimen, dan seorang ahli parlimen pulak dapat menyumbang mengikut lunas tanggungjawab.

    Pilih orang lain, tetapi yang bertungkus lumus membantu dan memajukan komuniti setempat adalah orang lain pulak, maka wajarlah komuniti tempat berkenaan berfikir sama ada tindakan mereka adalah yang terbaik dan beroleh taufik dan hidayah.

    Terus mewujudkan keadaan songsang dimana seorang ahli parlimen kelihatan amat berbisa dan memukau atas pentas dengan mikrofon sahaja, tidak akan membawa masyarakat berkenaan maju setapak kedepan.

    Pilih BN untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.

    (Pak Lang)

    BalasPadam
  2. Patutnya pengundi kat Pokok Sena terjah saja si Bean ni keluaq. Masalah nya kalau jumlah pengundi marhean kat situ lebih kecik dari cacai-cacai PAS-piss-pussy, payah lah sikit nak tolak si Bean ni jatuh....

    Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.