Halaman

Sabtu, April 13, 2013

MENANG PUN BELUM TENTU, KHALID BERANGAN JADI MB!!!


Hahaha!!! Kesian pulak kita tengok Si Khalid Gagap ni. Tak pasal - pasal je dia jadi Gila Meroyan tak tentu arah. Semuanya gara - gara tekanan mental.

Buat pertama kali dalam sejarah Politik Malaysia, ada orang yang tak malu muka menawarkan diri dia untuk jadi Menteri Besar. Sebelum ni tak pernah berlaku lagi beb.

Ini menunjukkan yang Si Khalid Gagap ni sebenarnya tak ikhlas nak jadi pemimpin atau pun wakil rakyat. Dia sebenarnya hanya berhasrat nak jadi MB je.

Kalau nak jadi MB pun, biar la MB yang bertanggungjawab. Jangan la jadi MB yang suka lepas tangan bila berhadapan dengan masalah Khalid oi!!!

Ini tidak. Belum apa - apa lagi, bila rakyat buat tuntutan terhadap janji yang dibuat dalam manifesto, dah dia jawab kata Manifesto Bukan Janji.

Itu membayangkan bahawa Si Khalid Gagap ni bukan orang yang boleh dipercayai. Dah bagi dia pegang amanah, dia seleweng pulak. Masih mengidam nak jadi MB jugak ke?

Mungkin SI Khalid ni terlupa. Seandainya dia menang dalam Pilihan Raya nanti, belum tentu puak - puak Pakatan tu akan bagi dia peluang nak jadi MB.

Tambahan pulak bila ada orang yang kemaruk nak jadi MB jugak. Siapa lagi kalau bukan Bang Min. Ingat senang - senang ke Bang Min nak bagi dia peluang? Jangan harap la!!!

Sudah la Khalid!!! Jangan la jadi manusia yang tak sedar diri. Asyik sangat duduk diawang - awangan ni pun tak guna jugak. Buat mengabihkan masa je. Nasihat SH, menang dulu Pilihan Raya. Tak payah berangan benda yang belum tentu!!!
KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor penggal kedua sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa dirinya bukan calon tunggal jawatan itu seperti yang dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Menurutnya, perbincangan mengenai pemilihan menteri besar biasanya diadakan bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat selepas keputusan pilihan raya umum.

"Kenyataan itu memang betul sebab sebelum pemilihan akhir, sebelum menentukan MB yang mewakili Pakatan, terdapat perbincangan pemimpin-pemimpin selepas pilihan raya.

"Kalau kita tidak dapat keputusan yang baik, tidak mengapa. Sekiranya dapat keputusan yang baik, saya menawarkan diri menjadi MB," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor di Kampung Delek Baru, di sini hari ini.

Semalam Wan Azizah dipetik sebagai berkata Pakatan Rakyat Selangor mempunyai ramai calon yang berkredibliti untuk memegang jawatan menteri besar.

1 ulasan:

  1. Kalau orang Melayu Selangor dah rasa pandai, cerdik, boleh jaga diri bangsa dan agama, bolehlah terus peluk cium DAP dan PKR....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.