Halaman

Selasa, April 09, 2013

NIK AZIZ DIISHTIHARKAN MUFLIS!!!


Tanpa perlu melalui Jabatan Insolvensi Negara dan Bank Negara, hari ini Si Nik Aziz telah sah diishtiharkan sebagai 'Muflis'!!! Tapi, dia masih boleh bertanding dalam PRU.

Yang itu, pencacai - pencacai Pakatan jangan risau sangat. Muflisnya Nik Aziz ni bukan dari segi harta benda, tapi dari segi moral sebagai orang yang berilmu.

Maka benar la kata orang tua - tua, walau setinggi mana pun ilmu yang kita ada tapi jika disalah guna, ilmu itu hanya akan menyusahkan diri kita sendiri.

Dan demikianlah bahana yang menimpa Si Nik Aziz ni sebenarnya. Walaupun dia kaya ilmu, tapi hakikatnya dia dah Muflis Semuflis Muflisnya!!! Sebab apa?

Sebab dia hanya mempergunakan Islam sebagai alat untuk memburuk - burukkan orang lain. Dia mempergunakan Islam sebagai alat dalam Politik.

Walhal, dalam Islam memang ada Politik. Namun ianya bukan lesen besar buat mana - mana pihak untuk mempergunakan Islam sebagai alat Politik.

Jadi, boleh kita katakan bahawa Si Nik Aziz ni pada zahirnya Muflis Idea untuk menyerang Barisan Nasional sehingga terpaksa menggunakan fatwa songsang.

Siapa dia nak tentukan pahala orang lain? Si Nik Aziz ni ingat dia ni tuhan ke yang mempunyai Hak Mutlak untuk memnetukan perkara tersebut?

Sudah - sudah la nak memesongkan akidah umat Islam di Malaysia ni. Kalau dah tak mampu nak menarik sokongan rakyat dengan agenda Negara Kebajikan tu, mengaku je. Jangan mengarut benda yang bukan - bukan. Kalau orang kata dia nyanyuk, marah pulak!!!
MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata terus angkuh dalam tindakan beliau demi menjaga kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. 
Ketaksuban dan sikap fanatik beliau yang cuba menggambarkan hanya Pas sahaja memperjuangkan Islam dan hanya pakatan pembangkang sahaja yang baik telah membuktikan Menteri Besar Kelantan semakin meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. 
Tidak cukup dengan kenyataan sebelum ini bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan usaha UMNO membina masjid tidak memberi apa-apa makna, Nik Abdul Aziz muncul pula dengan kenyataan jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah. 
Demikianlah angkuhnya Nik Abdul Aziz yang sekali gus menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz seolah-olah sudah dikuasai oleh politik kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO. 
Mungkin juga semua ini berlaku kerana Nik Abdul Aziz semakin sedar berbanding tahun 2008, populariti Pas semakin merudum dan populariti UMNO semakin meningkat. Justeru mahu tidak mahu, Nik Abdul Aziz terpaksa menggunakan modal berkaitan Islam bagi menjejaskan imej UMNO. 
Bagi Nik Abdul Aziz, ketegasan UMNO dalam memperjuangkan Islam termasuk begitu tegas dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam adalah ancaman kepada Pas memandangkan Pas sudah bersetuju bersama sekutunya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.