Halaman

Rabu, April 03, 2013

NURUL IZZAH DIKANTOI BUAT KERJA BODOH!!!


Hehehe... kesian betul dengan anak kesayangan Bang Non ni ye. Tak habis - habis dia cuba nak membodohkan diri dia depan orang ramai.

Kalau semalam dia dikecam oleh pengikut - pengikut dalam twitter sebab nak berbangga sangat dengan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Jaya.

Sekarang dah dikantoi pulak buat kerja bodoh. Tak pasal - pasal je dia kena tenyeh lagi dengan Pengerusi SPR akibat kebodohan diri dia sendiri. Tapi apa boleh buat. Dah dia memang bodoh, nak buat macam mana lagi!!!
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau hairan apabila MP Lembah Pantai memfailkan semakan kehakiman walau dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan meneliti senarai lebih 4,600 pengundi yang dikemukakan. 
Abdul Aziz MP berkenaan, Nurul Izzah Anwar sendiri mengemukakan bukti dalam bentuk surat daripada setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang menyatakan suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan. 

"Menghairankan saya YB itu menyatakan kes ini dibawa ke mahkamah kerana SPR tidak memberi maklum balas.

"Tetapi beliau menunjukkan bukti bahawa Datuk Kamarudin Baria telah jawab pada 6 Mac. Mengapa (sekarang) isu ini dibawa ke mahkamah?," kata Abdul Aziz ketika dihubungi Malaysiakini.

Aziz turut mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau sendiri tidak pernah dimaklumkan tentang dakwaan Nurul Izzah. 

"Saya tetap dengan jawapan saya pada masa itu bahawa saya sendiri tidak pernah melihat dan menerima surat dan senarai pengundi meragukan itu yang bertarikh 4 Mac," katanya. 

Tambahnya, beliau juga bersedia untuk mempertahankan nama baik suruhanjaya itu di mahkamah kelak.

Nurul Izzah dalam sidang medianya semalam mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria bertarikh 6 Mac berhubung makluman aduan berkenaan. 

Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau pada 26 Mac lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi didakwa meragukan di kawasan yang diwakilinya itu.

2 ulasan:

  1. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.