Hanya Nyamuk dan Lipas je dengar ceramah Si Chagu Bard |
Kisah Semut Memburu Nurul Izzah. Itu sepatutnya tajuk artikel SH mengenai Si Nurul Izzah hari ni. Mana tidaknya, penat SH merayap malam tadi mencari Si Nurul ni.
Lewat tengahari semalam, ada sahabat SH bagitau yang Si Nurul Izzah ni ada ceramah di Kuantan. Maka bergegas la SH dari KL balik ke Kuantan.
Poster Izzah yang dikirimkan kepada SH petang semalam |
Bukan apa. SH nak dengar dari mulut dia sendiri cerita pasal video seks yang 'KONONnya' ada kaitan dengan dia tu. SH tak nak dengar dari mulut Si Ciputdin Muka Bulan.
Sampai je di Kuantan dalam jam 6.30 petang, sahabat SH kata Si Nurul tu ada buat Hightea di sebuah restoran kat Bukit Setongkol. Tu pun jam 5 petang tadi.
Huh! Dah melepas. Malamnya pulak, Si Nurul Izzah tu dikhabarkan akan turun ke Semambu untuk berceramah. SH dengan sahabat SH tadi pergi la ke tempat yang dinyatakan. Tengok poster sebelah.
Bila sampai, tengok - tengok Si Chagu Bard tu yang tengah dok sedap berceramah. Ceritanya pasal kes Altantuya, isu Lahad Datu dan isu UMNO Haram.
Detailnya, kemudian la SH cerita kat korang ek. Yang pasti, Si Nurul Izzah tu lansung tak kelihatan kat area tu. SH tanya la dengan budak Unit Amal.
Diorang kata Nurul Izzah ada di Sungai Isap Damai, ceramah dengan Ustaz Nasha. Maka SH pun bergegas la ke sana. Jangan kata hidung Nurul Izzah, bayang pun tak nampak.
Yang ada pun hanya 'Topi' yang ada tanda tangan dia je ditinggalkan. Tu pun kena bagi 'derma' RM 100 ke atas kalau nak topi tu. Pergh!!! Mahal gila!!!
Tanya semula kat budak Unit Amal, diorang kata Nurul Izzah dah ke Inderapura pulak. SH bergegas jugak la ke sana. Tapi kelibat Si Nurul Izzah tu masih tak kelihatan.
Dan dalam keadaan hampa, SH sekadar jumpa semula dengan Si Chagu Bard tu. Buat sekian kalinya, dengar la ceramah Si Chagu Bard yang sama dia cerita sebelum ini.
Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah ni takut dengan SH ye tak. Pasang poster bukan main lagi. Tapi batang hidung dia pun tak nampak. Kecewa la SH nak dengar penjelasan dia mengenai video seks dia tu. Maka tinggal la kita diselubungi 'Misteri'!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.