Halaman

Jumaat, April 19, 2013

PAK BERAHIM TAK BERTANDING DALAM PRU LEPAS???


Selama hari ini tak pernah langsung ada orang perasan mengenai perkara ini. Mungkin ianya terlepas pandang atau tidak diberi perhatian langsung tak pasti.

Maka, persoalan ini terus menjadi tanda tanya. Nak pulak menjelang hari penamaan calon yang akan bakal diadakan esok. Perkara kecil ini memberikan impak yang besar.

Siapa yang tak kenal dengan nama Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Namanya cukup gah dipersada Politik tempatan. Tapi, kalau disebut Tuan Ibharim, ada sesiapa yang kenal? Sudah tentu orang akan tertanya - tanya. Siapa Ibharim?

Hakikatnya, Tuan Ibrahim dan Tuan Ibharim adalah orang yang sama. Perkara tersebut dinyatakan dengan jelas didalam keputusan PRU yang lalu.


Sekarang rakyat tentu akan menjadikan isu itu sebagai satu persoalan. Apa nama sebenar Tuan Ibrahim? Adakah ianya Ibrahim atau Ibharim?

Jika nama dia bukan Ibharim, kenapa dia tidak membuat bantahan sebelum ini? Kenapa dia hanya membiarkan nama tersebut berlegar - legar dalam dunia internet?

Mungkin pada ketika ini, nama itu tidak menjadi persoalan. Andaikata ianya menjadi pertikaian sewaktu mengundi bagaimana? Dah tentu - tentu kecoh jadinya.

Sudah pasti ada pihak yang akan mempertikaikan perkara tersebut apabila nama yang dicetak pada kertas undi lain dari nama sebenar.

Nah!!! Jangan anggap isu ini satu isu kecil. Dalam keadaan hari ini, walaupun ada kesilapan kecil debu pun orang akan jadikan pertikaian dan boleh timbulkan perbalahan.

Tambahan pula, Tuan Ibrahim atau Ibharim perlu berterus terang dengan rakyat dan menjelaskan perkara ini. Setidak - tidaknya, tunjukkan kad pengenalan dia. Kot ye pun nak menipu rakyat, takkan nama sendiri pun dia nak tipu jugak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.