Demikian
teka teki yang berlegar – legar didalam kepala rakyat terutama sekali di Negeri
Pahang pada ketika ini tatkala menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Sebelum
ini, khabar angin mengatakan bahawa teraju utama bagi Negeri Pahang ini akan
diserahkan kepada PKR yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Namun,
malangnya hasrat itu tidak menjadi nyata apabila nama Datuk Fauzi diumumkan
akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota baru – baru ini.
Pencalonan
Datuk Fauzi telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sewaktu sesi ceramah yang diadakan.
Pencalonan
tersebut turut mendapat pandangan negatif dari segelintir penyokong –
penyokong PKR yang disambut dengan laungan ‘Boo..’.
Tidak
cukup dengan itu, PKR Pahang juga turut menerima tamparan hebat apabila Bekas
Pengasas parti itu di Pahang telah membuat keputusan untuk menentang Datuk
Fauzi.
Jelas,
penolakkan rakyat terutamanya dikalangan ahli PKR sendiri terhadap Datuk Fauzi
cukup kuat. Maka mungkin sebab itulah beliau dipilih untuk bertanding di kerusi
Parlimen.
Seorang
lagi calon yang disebut – sebut untuk merebut jawatan sebagai teraju utama
Kerajaan Negeri Pahang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pemilihan
Tuan Ibrahim dibuat berdasarkan kredebiliti beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi
PAS Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.
Namun,
sebelum ini, desas – desus kuat kedengaran bahawa Tuan Ibrahim bakal bertanding
di kerusi Parlimen Jerantut. Pada mereka, kerusi Jerantut mudah untuk dikuasai.
Ianya
ekoran pengumuman YM Tengku Azlan, penyandang kerusi tersebut telah pun membuat
pengumuman untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.
Walaubagaimana
pun, sama ada Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN atau pun di kerusi
Parlimen, rata – rata rakyat menolak pemilihan Tuan Ibrahim sebagai MB Pahang.
Ini
disebabkan latar belakang Tuan Ibrahim sendiri. Beliau bukan anak jati Negeri
Pahang. Sebaliknya Tuan Ibrahim datang ke Pahang atas sebab jawatannya sebagai
Pensyarah UiTM.
Malah isteri
beliau juga bukan orang Pahang. Perkara itu jelas dan ianya juga dipersetujui
oleh kepimpinan PAS Pahang sendiri. Mereka sendiri tidak memperakuinya.
Bagi
sesetengah penyokong PAS, Tuan Ibrahim hanya akan mendatangkan susah buat
mereka untuk berhadapan dengan rakyat. Bagaimana mungkin rakyat dapat
menerimanya?
Tambahan
pulak, pemilihan Tuan Ibrahim itu jelas menghina kepimpinan PAS yang ada di
Negeri Pahang ini secara tak lansung. Ini yang memeningkan PAS.
Apakah
tidak ada calon lain yang boleh diangkat PAS untuk menjadi teraju utama
pimpinan Negeri selain dari seorang yang dianggap sebagai ‘Orang Luar’ ini?
Nah!
Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pimpinan PAS berfikir dua kali untuk
menjadikan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Jika
penyokong PAS sendiri pun berfikir sedemikian, adakah kita akan membiarkan
Negeri ini ditadbir oleh orang luar? Adakah tidak ada anak tempatan yang lebih
layak dari beliau? Sama – sama kita fikirkannya. Jangan menyesal dikemudian
hari sudah la!!!
Jika Tuan Ibrahim MB Pahang, abih tanah di Pahang dapat kat puak negeri kelahiran dia..Koi x kesah parti mana jadi MB Pahang, yang pentin MESTI anak jati PAHANG.
BalasPadam