Ya! Itu yang telah disenaraikan didalam 'Manifesto Bukan Janji' Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang terutama dikalangan anak - anak muda.
Mungkin, bagi mereka, rakyat Negeri Pahang tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Ladang Rakyat di Kelantan sebelum ini yang masih menjadi pertikaian sehingga ke hari ini.
Adakah puak - puak Pakatan Pembangkang di Pahang ini beranggapan bahawa rakyat Negeri ini bodoh sehingga tidak tahu mengenai isu tersebut?
Sebelum ini, didalam laporan media memaparkan bantahan secara terang - terangan oleh rakyat Kelantan dari pelbagai kaum kerana terasa diri mereka ditipu.
Mana tidaknya. Rejim PAS Kelantan telah menjanjikan mereka dengan Ladang Rakyat yang kononnya dapat memberikan keuntungan yang cukup lumayan.
Namun hakikatnya, Rejim PAS Negeri hanya menyerahkan projek tersebut kepada syarikat - syarikat luar dengan nilai pajakan yang tinggi.
Dilaporkan juga, jumlah keuntungan yang diberikan oleh pengusaha 'Ladang Rakyat' di Kelantan hanya memberikan sebanyak 20% keuntungan yang diperolehi.
Bermakna, setiap peserta hanya layak menerima 20% dari keuntungan yang diberikan oleh pengusaha sedangkan 80% lagi adalah milik mereka.
Sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan Ladang Rakyat Kelantan masih lagi belum mendapat penjelasan yang terperinci dari kalangan rakyat yang menuntut hak mereka.
Berapa banyak nilai pajakan yang harus dibayar oleh pengusaha luar kepada Rejim PAS Kelantan? Berapa banyakkah keuntungan sebenar Ladang tersebut?
Kenapa peserta Ladang Rakyat hanya mendapat sejumlah kecil dari keuntungan yang dinyatakan sedangkan pengusaha mendapat habuan lebih besar?
Tambah mengelirukan, kenapa pajakan tanah bagi projek Ladang Rakyat ini diberikan kepada pengusaha yang datang dari luar? Kebanyakkannya datang dari Singapura.
Kenapa tidak Ladang Rakyat itu diberikan kepada rakyat agar mereka dapat mengusahakannya sendiri? Bukankah itu yang sepatutnya dibuat oleh mereka?
Tidak cukup dengan itu. Kemusnahan hutan berlaku secara berleluasa tanpa dikawal oleh pihak berkuasa Rejim PAS Kelantan. Adakah itu jugak turut dihalalkan?
Malah, penduduk - penduduk Orang Asal di kawasan ladang tersebut sudah beberapa kali menghantar memorandum kepada Rejim untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bantahan Masyarakat Orang Asli di kawasan Ladang Rakyat Kelantan |
Namun malangnya, sehingga ke hari ini masih tidak ada tindakan yang diambil. Sebaliknya, penduduk Orang Asli ini pula kehilangan tanah adat mereka.
Semuanya hasil kerakusan pihak Rejim PAS Kelantan yang masih enggan menjelaskan perkara tersebut secara terperinci.
Persoalannya, adakah itu model 'Ladang Rakyat' yang hendak ditawarkan oleh Pakatan Pahang kepada rakyat? Kalau macam tu rupanya, lebih baik tak payah! Tak menguntungkan langsung. Buat rakyat rugi lagi ada la!!!
Ps: Nak TUKAR? Lain Kali La!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.