Perjalanan Si Khalid Gagap nampak gayanya akan berakhir disini. Masa depan dia cukup kelam. Kariernya sebagai seorang Politikus tak sampai ke mana.
Walaupun dia pernah dijulang dan diangkat oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini, semuanya hanya angan - angan kosong sekosong janji yang ditaburkan.
Mungkin, kalau kita buat analisis, orang kurang nak percaya. Meh kita baca apa pandangan dari kalangan mereka yang profesional. Lepas tu korang fikir la sendiri. Apa yang pasti, Khalid Gagap akan lenyap dari dunia Politik!!!
SHAH ALAM – Peluang Tan Sri Abdul Khalid untuk mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor pada penggal hadapan jika Pakatan Rakyat (PR) menang di negeri itu dilihat agak tipis.Walaupun Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikhabarkan tidak bertanding pada mana-mana kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, tetapi laluan yang perlu ditempuhi Abdul Khalid itu masih lagi sukar.Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu perlu berdepan dengan Mohamed Azmin Ali jika Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Negeri itu bertanding kerusi Dun di Selangor.Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, kedudukan Abdul Khalid terancam kerana Azmin mungkin bakal memegang jawatan nombor satu di negeri itu jika beliau ‘diturunkan’ sekali lagi pada mana-mana kerusi Dun di Selangor.“Abdul Khalid mempunyai masalah dari segi ikatan antara Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR).“Beliau juga gagal (mentadbir Selangor) apabila banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Ibu tunggal dan pengguna air banyak menentangnya (sehingga kes dibawa ke mahkamah),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Menurutnya, pengunduran Dr Wan Azizah daripada bertanding pada PRU13 disifatkan bukan menyekat kemaraan Azmin menjadi menteri besar, sebaliknya ia lebih kepada untuk ‘mengabui’ mata rakyat terhadap tuduhan PKR mengamalkan nepotisme (melebihkan keluarga), dilemparkan pihak tertentu.Dalam pada itu, Zainal berkata, jika Azmin menjadi menteri besar, maka semua ‘krisis’ yang pernah dikaitkan antara beliau dan Abdul Khalid selesai.“Selepas itu, yang jadi krisis bukan lagi mereka, sebaliknya berlaku krisis suami isteri antara Anwar dan Wan Azizah,” katanya.Sementara itu, penganalisis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Ismail Sualman turut sependapat dengan Zainal bahawa peluang Abdul Khalid untuk mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar masih lagi samar.“Kita lihat dulu sama ada beliau bertanding satu atau dua tempat. Kalau beliau bertanding Dun, Abdul Khalid ada peluang untuk jadi MB.“Tapi kalau hanya bertanding di (Parlimen) Bandar Tun Razak, secara automatik Abdul Khalid gugurlah (daripada menjadi MB),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.