Halaman

Khamis, April 18, 2013

TERKINI LEWAT MALAM!!! SEMUA BILIK GERAKAN UMNO TUTUP!!!



Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum Ke 13 banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka.


Di peringkat akar umbi mereka mahu individu yang sering kerja kuat dan turun padang bukan individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana yang diangkat sebagai calon oleh BN.



Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor.  



Di sini mereka membuat protes apabila calon piihan mereka di Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yakcob telah digugurkan.



Beberapa alon bebas dikatakan akan muncul di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan rakyat bawahan tidak diendahkan oleh Umno Negeri.  



Di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar sudah ada yang telah mengistiharkan diri. Mereka ialah Azmi Alang dan Datuk Mustaffa Idrus.



Manakala di Parlimen Kepala Batas walaupun tidak sehebat Parlimen Tasek Gelugor, suara ketidak puasan hati tetap merebak bagaikan 'api dalam sekam'.



Anak buah Datuk Ahmad Darus yang disebut-sebut sebagai calon Bertam atau Datuk Helmi Abdul Rashid.  Ini kerana yang terpilih ialah peguam muda, Sariful Azhar Othman.



Sampai sekarang rumah Helmi yang terletak di  Permatang Manggis, Kepala Batas berkunci rapat. 



Hanya perkarangan pejabat Umno Bahagian Kepala Batas berhadapan Masjid Jamidul Badawi sahaja yang masih hidup.



Keadaan ini sebenarnya merungsingkan kepimpinan diperingkat negeri bimbang Umno akan hilang lagi kerusi tradisi mereka.



Antaranya Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Berangan, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong.

Ps: Sumber dari Haprak Daily. Jadi, jangan percaya sangat. Semuanya MENIPU BELAKE!!!

3 ulasan:

  1. Dalam politik ada naik turunnya...bila tidak terpilih bukan bermakna karier politik telah hilang dan tak akan kembali lagi. Yang penting terus berjuang dengan ikhlas, pasti ada rezeki di tempat dan masa lain. Jika dah merajuk terus nak khianat bermakna anda sendiri yang menjahanam masa depan hidup anda!

    Yang penting pastikan parti menang. Hampir 25 perjawatan dalam Dewan Negara sebagai Senator yang akan diganti selepas PRU 13 ini. Jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di 25 Kementerian, 25 Penolong Setiausaha Kementerian, 25 Setiausaha Akhbar Menteri, 15 CEO GLC/Badan Berkanun Kerajaan. Tu tak masuk lagi lebih 250 buah perjawatan politik kepada MB dan Exco Negeri-Negeri, Semuanya menanti kepada mereka yang tidak terpilih menjadi calon YB. Semuanya ada gaji, elaun dan keistimewaan tersendiri. Tak payah jumpa pengundi di kawasan, tetapi cukup bulan gaji lumayan. Tu tak masuk lagi ahli PBT, JKKK dan NGO Mesra Parti yang dapat banyak peruntukkan.

    So, jangan kecewa terlalu lama sampai nak khianat...bawa isthigfar bebanyak...ada rezeki di hadapan. Hehehehe gaji CEO GLC lebih RM25,000 tau...gaji ADUN atau MP murah jer...kerja pun banyak! Dalam DEWAN selalu kena maki, luar DEWAN kena caci kalau tak buat kerja. So teruskan berjuang! Kesetiaan dan kerja anda diperhatikan, dinilai dan akan diberi ganjaran kelak, insya Allah.

    BalasPadam
  2. Ada benar nya tu...Puan Jahara tak di sukai oleh penduduk setempat tp masih teringin...klu kalah jangan salahkan grassroot...grassroot dah tak larat nak menjulang pemimpin tak sedar dek untung.Tolong lah dengar rintihan rakyat marhaen...Masih ada masa untuk buat pertukaran...Tukar sebelum terlambat.
    Bukan kah RAKYAT DI DAHULUKAN ? ? ?

    BalasPadam
  3. Bagus bila parasit2 dlm UMNO mula menampakkan diri sbnr... Biarlah UMNO kalah tapi barisannya makin bersih utk jangka masa panjang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.