Halaman

Rabu, April 17, 2013

UMNO BUAT BANTAHAN CALON DI JEMPOL???


Hak!!! Jangan cepat sangat melatah beb. Mentang - mentang la kerusi Jempol tu dianggap sebagai kerusi 'Panas', jadi tajuk pun kena la 'Panas' jugak kan.

Jadi kali ini, apa kisahnya pulak? Orang UMNO ke yang buat bantahan terhadap calon yang telah diumumkan bagi bertanding di kerusi Parlimen Jempol tu?

Tidak!!! Ini bukan soal isu calon Barisan Nasional beb. Tapi ini isu pasal calon dari Parti Angguk Saja tu. Siapa lagi kalau bukan Si Ecah Janji Manis Mu tu.

Katanya, kepimpinan PAS dikawasan tersebut sendiri tak puas hati dengan keputusan pimpinan PAS Pusat dengan pencalonan Si Ecah tu. Diorang nak calon diorang sendiri.

Hah! Nampak sangat la yang Si Ecah ni pun tak disukai oleh ahli - ahli PAS. Bagi diorang, orang macam Si Ecah ni hanya sekadar penyeri buat parti tu sahaja.

Tambahan pulak, orang macam Si Ecah ni masih baru dalam perjuangan PAS. Dia masih mentah lagi. Nak cerita bab dasar PAS pun Si Ecah ni masih tak reti.

Jauh sekali nak suruh dia hafal Perlembagaan parti. Lagi la dia tak pandai beb. Jadi, apa sebab PAS Pusat nak bagi Si Ecah ni jadi calon walaupun ditolak oleh ahli sendiri?

Jawapannya mudah beb. Tujuan diorang letak Si Ecah tu bertanding adalah untuk tarik undi je. Bukannya sebab Si Ecah tu boleh bawak perjuangan diorang kepada rakyat. 

Maka, kesimpulannya, memang betul la puak - puak Parti Angguk Saja ni berjuang demi memenuhi agenda mereka sendiri. Semuanya diorang buat atas dasar kepentingan peribadi. Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
JEMPOL - Tindakan Pas meletakkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol dikatakan tidak direstui ahli Pas yang mahu Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.


Pas di Jempol khabarnya kini berkrisis kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut.

Ada dalam kalangan ahli Pas akar umbi dikatakan sedang berkira-kira mahu menolak Aishah kerana kesetiaan mereka terhadap Mohd. Fairuz menyebabkan wujud dua kem di kawasan Pas Jempol ketika ini.

Ini kerana penyokong Mohd. Fairuz kecewa apabila nama pemimpin ini tidak diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu walaupun pada awalnya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas II negeri, Abd. Rahman Ramli, beliau adalah calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Hal ini membuatkan ramai dalam kalangan penyokong Pas kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13.

3 ulasan:

  1. BE END.........INSYAALLAH...KEKAL KELANTAN UBAH PUTRAJAYA......

    BalasPadam
  2. Mmg penakut....baling batu sorok tangan

    BalasPadam
  3. Yeah...ubah PUTRAJAYA..pindahkan gerobok buruk dan pondok nak roboh dari KELANTAN ker PUTRAJAYA termasuk reban kambing dan reban ayam.

    Kamik tak duduk PUTRAJAYA gasak ler....apa ada hal...haha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.