Halaman

Isnin, April 15, 2013

VIDEO PAK MUS, RAMAI YANG SALAH SANGKA!!!


Ini kisah sembang dikedai kopi. Kat kedai kopi pun dok hangat cerita pasal dua isu panas yang menjadi topik perbualan ketika ini. Satu cerita pasal video Pak Mus.

Kata seorang sahabat SH, ramai rakyat Malaysia salah sangka pasal isu video Pak Mus tengah tebar roti canai kat atas katil dengan awek tu sebenarnya.

"Mana mungkin Mustafa tu buat kerja macam tu. Dia Setiausaha parti yang kononnya memperjuangkan Isle. Apa dia buat sebenarnya bukan apa yang kita gambarkan."

Habis, kalau dia tak buat kerja haramjadah tu, kerja apa pulak yang dia buat? Video tu terang dan jelas menunjukkan apa yang dia buat.

"Dia tengah bagi nasihat," jawab sahabat SH yang sorang lagi tu dengan muka selamba sebelum disambut dengan gelak ketawa yang berguling - guling.

Ada ke patut dia kata Pak Mus tu tengah bagi nasihat? Memang lawak nak mampos! Kalau dengar dek puak - puak Pakatan Haramjadah tu mesti diorang panas telinga.

Apa benda yang Pak Mus nak nasihat kat awek tu? Nak suruh awek tu jangan buat kerja Haramjadah tu ke? Nak suruh awek tu cari kerja lain?

Hehehe... kadang - kadang lepak dengan member ni macam - macam cerita keluar. Ada yang terlampau kreatif sampai tak terbayang dek akal kita.

Mungkin itulah nasib yang menimpa puak - puak yang suka buat cerita yang bukan - bukan ni ek. Penyudahnya jadi bahan gelak ketawa dek orang je.

Satu lagi cerita yang hangat ialah pasal isu Datuk Dr. Haron Din nak keluar parti. Pun hangat jugak jadi topik perbualan dikalangan mereka yang bersembang dikedai kopi.

Katanya, hasrat Haron Din tu memang betul. Nak pulak sekarang ni parti PAS tu dalam keadaan yang bercelaru dengan pelbagai masalah dalaman.

Masalah isu dasar perjuangan pun boleh jadi punca utama. Kata diorang, Haron Din sejak kebelakangan ni kecewa dengan perjuangan PAS.

Nak pulak bila PAS gugurkan perjuangan Negara Islam dan enggan menjadikan Hudud sebagai salah satu manifesto dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Ditambah pulak dengan isu kalimah Allah dimana Haron Din menentang sekeras - kerasnya desakan yang dibuat oleh DAPigs sebelum ini. Pemimpin lain dalam PAS semua pakat diam.

Ke mana hilangnya jati diri pejuang Islam dikalangan pemimpin PAS tatkala Timbalan Mursyidul Am mereka dicemuh dan dimaki hamun oleh pemimpin DAPigs?

Tak de sorang pun yang tampil mempertahankan Haron Din dalam isu tersebut. yang ada pun, boleh dikira dengan jari. Mungkin sebab itu Haron Din nak keluar parti.

"Dah sekarang timbul pulak isu pasal video Si Pak Mus tu, lagi la Haron Din nak tinggalkan parti. Bertambah malu la dia," tambah sahabat SH.

Apa pun, SH respect kat Datuk Dr. Haron Din kerana beliau tetap jugak dengan pendirian beliau untuk terus memperjuangkan Islam yang sebenarnya. 

Sayangnya pemimpin PAS yang lain tak de lansung nak ikut macam Haron Din ni. Semuanya berjuang untuk diri sendiri. Bukannya diorang nak berjuang kerana Islam. Jauh sekali la kalau diorang nak memperjuangkan Rakyat!!!

2 ulasan:


  1. VIDEO SEKS MUSTAFA ALI: JANGAN LUPA, KAMI YANG PERTAMA DEDAHKAN


    SUKACITA dimaklumkan, Suarapakatanrakyat.com adalah laman web pertama yang membuat laporan akan kewujudan video seks membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Mei tahun lepas.

    Artikel tersebut boleh dirujuk DI SINI

    Kami telah beri amaran yang cukup lama, hampir setahun kepada pemimpin PAS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tertentu dalam PAS yang menerbitkan video ini, tapi tidak dipedulikan. Maklum sahajalah, website kecil, tidak ada nama dan tidak terkenal pula.

    Tapi sekarang bila video itu tersebar, apa kata PAS?

    Kami ingin sekali lagi mengingatkan PAS supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan pro Kamarudin Jaafar yang menerbitkan video tersebut, yang mana kami dimaklumkan, identiti masing-masing diketahui pimpinan tertinggi PAS.

    Kami tidak mengatakan Kamarudin Jaafar terlibat, kami katakan kumpulan yang pro kepadanya.

    Kumpulan ini bahaya, kerana mereka bukan sahaja mempunyai video seks membabitkan Mustafa Ali, bahkan pemimpin-pemimpin lain PAS yang ada kecenderungan seksual yang tidak boleh dikawal ini.

    Apa sekalipun, PAS tahu tentang kewujudan video ini tapi tidak mahu mengambil apa-apa tindakan, baik kepada Mustafa Ali, mahupun kepada kumpulan yang berusaha keras membuatnya.

    Inilah yang suarapakatanrakyat.com kesalkan sangat. Kegagalan PAS bertindak dengan lebih awal, telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat teruk tercemar

    BalasPadam
  2. buat apa dedah aib orang malu dia malu kita juga. dia tu kan islam supo kito jga

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.