Halaman

Jumaat, Mei 31, 2013

3 DIBUANG DARI SINGAPURA, INI SEMUA SALAH NURUL IZZAH!!!


Apa lagi yang kita nak katakan bila Kerajaan Singapura mengambil tindakan sedemikian? Nak salahkan Kerajaan Singapura sebab bertindak sedemikian?

Kamon la brader. Ini semua bukan salah orang lain. Tapi salah puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak. Diorang yang menghasut rakyat buat kerja yang tak senonoh.

Seramai 21 orang rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak Kerajaan Singapura kerana telah berhimpun dan melakukan kekecohan tanpa sebarang permit.

Berhimpun tanpa permit, siapa punya ajaran semua tu kalau bukan puak -puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Diorang yang mendoktrinkan pengikut macam tu.

Jadi, apa perlunya mereka nak salahkan orang lain pulak dalam isu ini? Yang sepatutnya dipersalahkan ialah puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.

Tambah memalukan ialah apabila pas lawatan dan permit kerja tiga daripada 21 orang itu telah pun ditarik balik oleh Kerajaan Singapura. Itu pun bukan salah orang lain.

Sebaliknya, itu semua salah Si Nurul Izzah tu sendiri. Yang dia pandai - pandai sangat nak pertikaikan tindakan Kerajaan Singapura tu pasal apa?

Padahal, kalau dia tak kritik tindakan Kerajaan tu, dah tentu - tentu rakyat Malaysia tu akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan sedemikian. Mungkin kena bayar denda je.

Tapi disebabkan perangai semula jadi Si Nurul Izzah tu suka mengkritik benda - benda yang tak sepatutnya, maka itulah yang berlaku. 

Sorang hilang permit kerja dan dua orang lagi hilang pas lawatan. Puas la hati Si Nurul Izzah tu sekarang ye? Ke dia nak terus mendesak Kerajaan Singapura tu lagi?

Ingat ye Nurul. Singapura masih belum ambik apa - apa tindakan terhadap 18 orang lagi yang buat kecoh hari tu tau. Kalau diorang semua pun hilang permit kerja jugak, semua ini Si Nurul Izzah tu yang kena tanggung. Pandai buat, pandai la selesaikan!!!
Kementerian Dalam Negeri Singapura dan Kementerian Luar Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama berkata tindakan mendapatkan bantuan 'pihak asing' oleh mereka yang ditahan adalah percubaan mendapatkan layanan khas untuk terus mempolitikkan isu berkaitan undang-undang dan peraturan domestik di Singapura.
   
Anifah berkata rakyat Malaysia yang melakukan lawatan, bekerja atau menetap di luar negara harus menghormati undang-undang negara tuan rumah sama seperti rakyat Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang negara.
   
Beliau berkata ia adalah hak pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara itu dan kerajaan Malaysia bersedia memberi bantuan konsular selaras dengan undang-undang antarabangsa yang relevan.
   
Kesemua 21 penunjuk perasaan warga Malaysia itu sudah dibebaskan dan permit kerja salah seorang daripada mereka ditarik balik manakala pas lawatan dua lagi turut dibatalkan.
   
Pihak berkuasa Singapura juga sedang mengkaji status pas kerja baki 18 peserta demonstrasi itu.
Ps: Memang patut sangat la Si Nurul Izzah ni kena tahan kat Sabah dan dihantar pulang. Dia pun suka jugak buat kecoh tak tentu arah!!!

3 ulasan:

  1. Tak Perlu BICARA panjang...bukti jelas dan kukuh...

    Kesemua peserta yang 18 orang lagi tu pun....kenakan hukuman yang sama....

    Singapore...it's your land....do what ever you want to do as long as it's written in your Law/Policies....

    Kasi AJAR ini orang Malaysia yang KURANG Ajar...
    demi Kesejahteraan hubungan antara Malaysia & Singapura...

    BalasPadam
  2. Padan muka, x puas hati sgtkan. Mampos la korang, jgn pepandai nak salahkan malaysia gov plak. Da korang yg bodoh tahap lembukan nak berdemo sgt kat negara org selayaknya dpt hukuman camtu

    aj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg hilang permit kerja boleh mohon utk memohon kerja di rumah Nurul Izzah. Pas lawatan yg batal boleh setiap hari buat lawatan di dapur rumah Nurul Izzah utk memcari makan

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.