Memang hebat la Ahli Parlimen PAS Temerloh ni. Walaupun orang lain dok sibuk buat himpunan nak tolak keputusan SPR, lain pulak ceritanya dengan dia.
Dia pulak dok sibuk nak buat himpunan supaya rakyat pulak yang tolak dia. Ke memang saja je dia nak rakyat benci dia dengan tindakan yang dia buat ni?
Dengar kata, Si Nasa Tantawi ni suka memilih dan berat sebelah dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang mengalami musibah.
TEMERLOH 28 Mei - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.“Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.“Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.“Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.“Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.“Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.
Erk, korang jangan marah sangat dengan Si Nasa Tantawi ni. Dia memang dididik macam tu. Islam yang dia bawak memang menganjurkan supaya pemimpinnya memilih bulu.
Kalau tidak, kenapa pulak Si Nasa Tantawi ni nak berbuat demikian? Islam ajar ke umatnya untuk memberikan bantuan secara terpilih ni? Hukum mana dia belajar?
Mungkin Si Nasa ni lupa yang dia sekarang dah jadi pemimpin rakyat. Kalau dia berat sebelah, akibatnya nanti, dia la yang kena tanggung di akhirat kelak.
Kalau kena gaya, pakai je serban besar, tapi akal pendek. Kononnya nak jadi pejuang Islam. Nak menegakkan Kebenaran dan Keadilan. Kena pada diri sendiri pun dia tak mampu nak buat. Macam mana dia nak meminpin kalau macam tu!!!
fikir rasionallah sikit. sebelum ni MP dari BN, dapat duit dari kerajaan BN. sekarang MP dari PAS, guna duit ntah dari mana. harap2 bukan guna duit dari Tabung Lahad Datu anjuran PAS.
BalasPadamJadi, atas kenkangan kewangan, maka penerima pun dicatu. mula2 terima semua nama dulu. tengok duit tak cukup, terpaksa potong nama. takkanlah mereka nak potong nama ahli sendiri dulu. jadi sebabtulah nama bukan penyokong mereka dipotong dulu. maka logiklah dia buat begitu.
binatang peliharaan PAS jubo babi nih !!
BalasPadamdi dunia dia lepas la di akhirat esok terima lah pembalasannya atas ketidakadilan beliau mentadbir amanah yang diberikan oleh ALLAH sebagai pemimpin memimpin rakyat.
BalasPadamlain kali fikir nak undi tu..tak semestinya yg berkopiah dan berketayap tu adil dan amanah..sabar aje laa tunggu 5 th lagi yaa..padan dgn muka..pi jumpa umno laa..
BalasPadamsabar yaa..tunggu 5 th laa nampaknya..kan ustaz ni hebat..ketua pemudalaa katakan..lgpun ustaz ni tak cukup bajet..terpaksalaa utamakan kroni dulu..lain kali fikir sebelum pilih dia..
BalasPadamDia ni mana takut tuhan, sudah masuk PAS mesti lar masuk syurga Nik Aziz... peduli tak amanah atau tidak... kerajaan pun mesti pilih bulu lar kalu gini cara... Pembangkang u start it first, now its payback time...
BalasPadamKalau macam ni punya serban lebih baik aku undi pritam singh.
BalasPadamKepada Kekuda 12:59 PTG, maknanya tak guna la dia jadi pemimpin di Negeri yang ditadbir oleh Kerajaan BN betul tak? Terima kasih... dapat jugak isu untuk esok...
BalasPadam2008..pengundi2 di Parlimen Maran tak nak kat dia..pengundi2 Parlimen Tloh suka...amik lah..hehe
BalasPadam