Halaman

Jumaat, Mei 31, 2013

BEKAS MENTERI INDONESIA NI PUN MENIPU JUGAK KE!!!


Buat sekian kalinya, pencacai - pencacai Pakatan Haramjadah tu tetap juga enggan menerima sebarang kenyataan yang bertentangan terhadap Si Ketua Penipu tu.

Walaupun dah diakui oleh pemimpin - pemimpin luar Negara bahawa Si Ketua Penipu tu ingkar dengan janji yang dibuatnya sendiri, tapi mereka masih enggan percaya.

Jadi, adalah wajar bagi Si Ketua Penipu tu untuk mengambil tindakan kepada pihak yang berkenaan. Kalau itu pun dia tak mampu nak buat, baik tak payah cakap banyak. Kerat je lidah tu. Habis cerita!!!
KUALA LUMPUR: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu. 
 
Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata "Oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".
 
Bagaimanapun, "Keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".
 
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.
 
"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.
 
Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya.
 
"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.