Halaman

Jumaat, Mei 31, 2013

HAI BUNG, TAK TAKUT ZIZIE MENGAMUK KER!!!

Si Izzah ni boleh tahan jugak 'Mantap'... He... He... He...
Ai! Lain macam pulak Ahli Parlimen kita sorang ni ye. Tetiba pulak dia nak menyokong Si Nurul Izzah tu apa hal? Ada apa - apa skandal ke diorang ni?

Kenapa pulak Ahli Parlimen kita sorang ni nak mempertikaikan pulak tindakan imigresen yang menahan Si Nurul Izzah tu semalam? Setakat nak main wayang?

Zaman sekarang ni, rakyat dah tak perlu pemimpin yang setakat suka sindir - sindir ni. Nak cakap, cakap je terus terang. Tak payah nak berselindung.

Rakyat pun macam tu jugak. Kalau diorang tak puas hati, diorang cakap terus terang je. Tak de dah nak main selindung - selindung ni.

Tu sebab diorang sendiri menyokong tindakan imigresen menghalan Si Nurul Izzah tu sebelum ini sebab diorang pun menyampah dengan orang yang suka buat fitnah.

SH yakin, rakyat Sabah tidak semudah itu untuk diperkotak katikkan sesuka hati diorang. Dan dah tentu - tentu diorang tak mengalu - alukan orang macam Si Nurul Izzah ni.

Ye la. Siapa yang suka kalau dah kerja dia hanya sekadar menabur fitnah dan menghasut orang lain je 24jam sehari. Nak harapkan dia bawak cadangan baik untuk rakyat, tak de jugak. Jadi, baik dia tak payah datang lansung!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai sebagai “bencana” dan “kesilapan besar”.
 
“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaunTwitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, malam tadi.
 
“Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka,” tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.
 
Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.
 
Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking dari PKR juga turut mengkritik halangan masuk ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Sabah dengan mengatakan ia telah mencemarkan “reputasi negeri sebagai tuan rumah”.
Ps: Kalau dah 'Tuan Rumah' tak suka Penabur Fitnah masuk ke rumah dia, memang patut sangat la dia halau mereka keluar. Takkan itu pun Si Darell ni tak faham kot!!! Takkan la dia pun BODOH sangat!!! 

3 ulasan:

  1. aku rssa bung lebih rasional daripada sh. org macam sh yg buat rakyat makin menolak parti kita. kena rasional laa jgn jadi pr. cakap macam org tak ada pendidikan. aku ni tegar umno tapi rasional. kita kena tunjuk rasional bukan emosional. cakap tu biar tunjuk kita educated bukan hentam je.

    BalasPadam
  2. Dah ada tanda2 nak lompat tu.....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 11:19 PTG...

    Terima kasih diatas pandangan... cuba baca artikel tu betul - betul... SH sindir Bung tu ke atau sindir Si Nurul Izzah tu? Cer paham sikit cerita yang nak disampaikan...

    Bung tu pun sebenarnya menyindir Si Nurul Izzah tu. Dia pun tahu kelaku Si Nurul Izzah tu... sebab itu dia buat statment dalam laman twitter sebelum ini....

    Itu la yang perumpamaan Melayu kata, pukul anak sindir menantu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.