"Jangan jadikan Sultan sebagai alasan. Kalau tak nak, kata tak nak. Tapi jangan jadikan Sultan sebagai alasan untuk kata tak nak," Husam ketika mengulas isu Exco Kelantan.
Kemungkinan besar, Si Azmin Ali juga akan mengulangi kenyataan yang pernah diluahkan oleh Si Husam Kambing sebelum ini berkaitan dengan jawatan Exco.
Ini kerana khabar angin mula bertiup di Negeri Selangor mengenai penguguran calon - calon yang Pro kepada Azmin untuk menjawat jawatan sebagai Exco Negeri.
Ketika ini, jari jemari penyokong - penyokong kuat Si Azmin Ali tu sedang menunding ke arah Khalid Gagap dan membuat dakwaan terhadapnya.
SHAH ALAM: Pengumuman barisan exco kerajaan negeri Selangor yang akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang Khamis ini bakal menyaksikan penyingkiran ADUN PKR yang menyokong timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.Menurut sumber yang rapat dengan pejabat menteri besar, selain Azmin selaku Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang tidak mendapat tempat, tiga lagi penyokong kuatnya iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Mat Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda) dan Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) juga tidak disenaraikan.Ketiga-tiga mereka memasuki penggal kedua sebagai wakil rakyat tetapi terus dipinggir."Mustahil bagi (Tan Sri) Khalid Ibrahim mahu membawa orang-orang Azmin ke dalam exconya. Ini ibarat membunuh diri. Jadi lebih baik mereka diketepikan sahaja," kata sumber itu kepada Antarapos.
Jika soalan ditanya, kenapa orang ini dan tidak orang itu, sudah tentu alasan yang Khalid Gagap akan berikan ialah sebab Sultan tak perkenan. Tak gitu?
Jangan heran beb. Benda macam ni memang senang berlaku didalam PKR. Mereka ni semuanya jenis orang yang 'Kecewa' sebab tak dapat jawatan dalam UMNO.
Malah mereka juga jenis manusia yang tak pernah mendapat perhatian dalam mana - mana organisasi yang mereka sertai. Itu sebab diorang masuk PKR.
Harapan diorang supaya satu hari nanti dapat dipilih menjadi wakil rakyat. Bila dah dapat jadi wakil rakyat, diorang nak jadi Exco Negeri pulak.
Yang herannya, bila muncul atas pentas, habis diorang hasut rakyat menolak keputusan PRU dan menentang Kerajaan BN sedangkan diorang dok beramuk berebut kuasa.
Nak kata diorang ni nak perjuangkan hak rakyat? Itu sekadar ayat dipinggir bibir je. Hakikatnya, diorang peduli pun tidak kepada rakyat. Yang diorang nak hanya jawatan je. Rakyat tu sebagai 'Alat' untuk diorang permainkan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.