Halaman

Khamis, Mei 30, 2013

MAHFUZ BEAN BERJANJI, PERBAHASAN MP PAS BERKUALITI!!!


Hahaha!!! Nak termuntah pulak rasanya bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean tu dalam Haprak Daily semalam. Macam poyo je dia ni kan.

Dia kata, dalam sidang Parlimen kali ini, dia berjanji bahawa semua Ahli Parlimen PAS akan memberikan hujah yang lebih mantap dan berkualiti.
"Kita telah mengadakan mesyuarat bagi memperkenalkan secara terperinci tentang selok belok persidangan parlimen serta pembahagian tugas mengikut kementerian yang perlu kepada setiap Ahli Parlimen yang baru dan lama.

"Saya berkeyakinan kita dapat meningkatkan kualiti perbahasan yang terbaik dari setiap Ahli Parlimen apabila PAS menyediakan pakar-pakar pemikir dari PPP, PIKAP, JUHAM dan LUHAM," jelasnya.
Kononnya, Si Mahfuz ni berangan nak jadi 'Kepala' la untuk ahli - ahli PAS dalam sidang Parlimen tu nanti. Nak pulak bagi yang baru. Ini je la masa dia nak tunjuk lagak dia.

Yang bertambah kelakarnya ialah apabila dia menekankan bahawa setiap ahli Parlimen PAS itu juga perlu membuat kajian mereka sendiri selain bergantung kepada pemikir sedia ada.
"Saya telah mengulangi walaupun kita dibantu oleh pasukan pemikir yang menyediakan segala maklumat tetapi itu tidak cukup setiap ahli parlimen itu perlu melakukan kajian mereka sendiri bagi memastikan keberkesanan mereka dalam berbahas.

"Bila kajian dilakukan sendiri mereka boleh menghayati dan memahaminya dengan lebih baik jika dibandingkan dengan sumber yang disediakan," sambung beliau.
Memang lawak la beb. Nak tulis 'Lunch' pun jadi 'Launch'. Pun nak harap Si Mahfuz ni mampu buat kajian dia sendiri? Alamak jahanam la jawabnya.

Kira nasib baik la jugak PAS sediakan golongan pemikir tu untuk membantu Si Mahfuz ni. Kalau nak harapkan dia, kucing bertanduk pun belum tentu dia dapat buat.

Kalau sebelum ini, Si Mahfuz ni lebih banyak goyang kaki je dari nak bangkit membentangkan cadangan atau pun saranan yang bernas untuk membantu rakyat.

Kot kalau orang lain, kita boleh jugak terima akal yang diorang mampu memberikan hujah dan perbahasan yang lebih mantap serta berkualiti.

Tapi bila tiba tang Si Mahfuz ni, kita sendiri pun rasa curiga dan ragu - ragu. Mampu ke dia nak bagi hujah yang mantap dan berkualiti dalam sidang dewan tu nanti?

Atas dasar apa yang dia kata dia mampu nak bagi hujah sedemikian sedangkan selama ni dia lebih suka diam menikus je dalam sidang Parlimen tu? 

Setakat bercakap kat luar dewan, di ruang sidang media, buat apa? Tak mendatangkan faedah lansung. Baik dia duduk kat dalam bilik termenung. Cakap sorang - sorang.

Kalau nak bersandarkan kepada tahap pendidikan dia, lagi la tak boleh harap. Mana tidaknya. Dia SRP pun main tangkap LULUS je. Lagi kita nak harap dia dapat bagi hujah yang lebih mantap? Kirim salam je la Mahfuz oi!!! Berangan tak sudah - sudah!!!

2 ulasan:

  1. ahhahaahahahhhahahaha berkualiti dgn bnyk penipuan dn auta,fitnah dn seangkatan dgnye

    BalasPadam
  2. SRP pun tak lulus....hehhee

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.