Halaman

Rabu, Mei 29, 2013

PENYOKONG KECOH, PAHANG DAN JOHOR KENA DENDA!!!


Apa boleh buat. Penyakit sendiri cari. Bukan salah orang lain. Jadi, bagi pihak yang terlibat, bermuhasabah la ye. Penyokong teruja nak tengok pasukan masing - masing.

Tu sebab diorang turun ramai - ramai ke stadium. Nak salahkan orang pun tak guna jugak. Nak buat spekulasi, macam - macam cerita boleh keluar.

Masing - masing boleh tunding jari. Penyokong A boleh salahkan Penyokong B. Penyokong B pulak boleh salahkan pengurusan. Pengurusan boleh salahkan pasukan keselamatan. 

Orang ni boleh tuduh orang tu, orang tu pulak boleh salahkan orang ni. Kalau macam itu la keadaannya, sampai bila pun tak sudah. Baru betul mengabihkan masa!!!

Sekarang, apa yang paling penting, kejadian semalam wajar dijadikan satu pengajaran kepada semua pihak. Kalau nak tengok bola tu, tengok bola aje la. Jangan la buat drama kat atas padang pulak!!!
KUALA LUMPUR 29 Mei - Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing didenda atas insiden kekecohan penonton yang berlaku sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang dibatalkan di Stadium Darul Makmur, semalam. 
PBNP didenda RM100,000 kerana gagal menyediakan tahap keselamatan yang dikehendaki manakala PBNJ pula didenda RM20,000 kerana pemain Johor DT tidak menunggu tempoh yang ditetapkan iaitu 90 minit permainan. 
Sementara itu, perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan kedua-dua pasukan yang dibatalkan semalam akan diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini. 
Tiket perlawanan akan mula dijual pada Jumaat ini. 
Semua keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM petang ini.

2 ulasan:

  1. Sudah sampai masa stadium khas utk bola (tanpa trek) di buat di Pahang ni. Cadangan yang dibuat untuk membuatnya di daerah temerloh (di kawasan bypass Tloh-Mtkb)sangat dialu-alukan segera pembinaannya. Lokasi yang amat sesuai di tengah-tengah negeri Pahang. Adil utk semua peminat. Juga boleh mengatasi kesesakan teruk di ibu negeri setiap kali ada acara di stadium.

    BalasPadam
  2. stadium tanpa trek tu ok tapi kita kena belaja dari EPL...penonton cukup dekat ngan padang kira2 3-4 meter bahaya ngan bola yang pemain sepak....sepatutnya keluasan stadium dan kapasiti perlu ditambah....buat stadium baru berkapasiti 50k penonton ke atas....ini stadium kecik orang nak masuk cukup ramai...melimpah sampai ke trek jadinya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.